The Moral Dimensions of Teacher Student Interactions in Malaysian Secondary Schools
Main Article Content
Abstract
Kajian ini bertujuan melihat pandangan pelajar di sekolah menengah di Malaysia terhadap nilai yang diterima masyarakat. Satu soal selidik telah diedarlcan kepada 400 orang remaja untuk mengukur tahap penerimaan pelajar terhadap nilai yang diterima umum. Hasil kajian menunjukkan pelajar memang mengikut norma yang ditentukan masyarakat. Untuk meningkatkan pemahaman terhadap dimensi moral di sekolah, kaedah temubual juga dibuat dengan guru-guru dan pelajar. Hasil kajian keseluruhannya meni.mjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai pandangan bahawa undang-undang yang ketat di sekolah tidak membantu pihak sekolah dalam membentuk nilai-nilai moral yang hendak diketengahkan. Kajian juga menunjukkan bahawa nilainilai seperti hormat menghormati dan keadilan adalah penting di da/am membina hubungan antara pelajar dan guru di Malaysia. Oleh yang demikian penggubal dasar perfu menitik beratkan peranan pelajar sebagai agen pempentuk nilai.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.