Nilai-Nilai Kemanusiaan dalam Matematik Sekolah
Main Article Content
Abstract
Tabii matematik masih melalui liku-liku penyelidikannya, iaitu liku-liku epistemologi dan falsafah matematik. Tetapi yang jelasnya matematik terbit daripada pemikiran manusia untuk kepertuan manusia. Oleh itu ilmu ini samalah dengan ilmu-ilmu yang lainnya yang banyak mengandungi unsur-unsur kemanusiaannya. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh tabii pengajaran atau pendidikan dan penulisan buku teks ilmu ini yang mengabaikan hakikat ini, akibat penumpuan yang melebihkan kepada teknik, maka matematik nampaknya tiada hubungan dengan kemanusiaan. Ini telah menjadi satu daripada sebabnya matematik menerima segala macam sifat buruknya di kalangan pelajar dan masyarakat amnya. Demi pembaikan situasi inilah, maka penyungkilan dan penonjolan unsur-unsur kemanusian yang tersembunyi atau disembunyikan itu pertu menjadi kegiatan yang bersahaja terutamanya di kalangan para pendidik matematik. Temyata kemestian ini sukar dihargai dan sukar diyakini, malah pendakwahan kepada hakikat ini telah agak lama dilakukan (di Malaysia ini bermula sejak penubuhan sebuah badan bukan kerajaan bemama Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) pada tahun 1977 dan pelaksanaan KBSM pada tahun 1989) tetapi kejayaannya masih tidak membanggakan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.