Peranan Guru Pembimbing dalam Penyeliaan Latihan Mengajar

Main Article Content

Abdul Rashid Mohamed (PhD.)
Zurida Haji Ismail (PhD.)

Abstract

Sejak program pendidikan diwujudkan, sekolah merupakan tempat untuk melatih guru. Latihan guru di sekolah melalui program latihan mengajar sudah lama dianggap sebagai pengalaman kemuncak dalam program pendidikan guru (Golland, 1998; Nagel & Smith, 1997; Veal & Rikard, 1998). Matlamat utama pengalaman latihan mengajaradalah untuk meningkatkan keupayaan guru pelatih dalam pengajaran (Golland, 1998, Morgan, 1999; Weaver & Stanulis, 1996) melalui satu siri pengalaman praktik yang sistematik berasaskan sekolah di bawah bimbingan dan pengawasan penyelia. Bimbingan dalam penyeliaan latihan mengajar adalah segala aktiviti yang dijalankan secara profesional dan berterusan untuk membantu guru pelatih menguasai pengetahuan dan kemah iran sekali gus menjadi guru yang berkesan. Bimbingan dalam penyeliaan turut memberi penekanan kepada pemupukan sikap dan nilai-nilai yang dihasratkan. Penyelia yang terdiri daripada pensyarah universiti dan guru pembimbing dari sekolah memainkan peranan penting dan mempengaruhi kualtti pengalaman latihan mengajar ini (Golland, 1998; Nagel & Smith, 1997; Veal & Rikard, 1998).

Article Details

Section
Articles