Penggunaan ICT dalam Pengajaran/Pembelajaran Bahasa Melayu: Hala Tuju Guru Pelatih Bahasa Melayu
Main Article Content
Abstract
Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (K'T) sebagai alat bantu mengajar bahasa dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan bahasa. Keberkesanan penggunaan leT dapat dilihat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Hal ini kerana sumber bahan-bahan, perisian dan laman web dalam bahasa Inggeris adalah meluas. Oleh yang demikian, timbul persoalan dalam menilai kewajaran penggunaan leT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Satu kajian telah dijalankan pada bulan Mac hingga Jun 2003 ke atas 122 guru pelatih bahasa di empat buah maktab perguruan. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan leT dalam kalangan guru pelatih bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan dan pengetahuan leT dalam kalangan guru pelatih masih rendah. Guru pelatih menghadapi masalah dalam mencari maklumat di Internet dan pengetahuan yang rendah tentang enjin pencarian maklumat (search engine) untuk mencari bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, pihak maktab perlu mencari alternatif dalam meningkatkan literasi komputer dalam kalangan guru pelatih.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.