Implikasi Sosiologi Pemikiran George Herbert Mead
Main Article Content
Abstract
Tujuan artikel ini ialah untuk menjelaskan tentang sifat semula jadi masyarakat manusia dari sudut pandangan George Herbert Mead. Walaupun Mead telah meletakkan masyarakat manusia dalam satu peringkat yang sangat penting dalam skema pemikirannya, tetapi beliau kurang menjelaskan tentang ciri-ciri manusia. Dengan pendedahan beliau yang sangat cemerlang tentang pemikiran dan perasaan yang dimiliki oleh manusia sejak azali, beliau tidak menghuraikan skema teoritikal masyarakat manusia. Perkara utama yang dibincangkan dalam artikel ini ialah ten tang diri, tindakan, interaksi sosial, kebendaan dan tindakan bersama yang relevan dengan skema pemikiran manusia yang dilihat oleh Mead sebagai satu struktur dan bukan sebagai satu proses.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.