Kesan Grafik Berkomputer Dalam Pembelajaran Fenomena Cuaca

Main Article Content

Aminordin Che Lab
Fong Soon Fook

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan grafik berkomputer dalam pembelajaran berbantukan komputer bagi tajuk fenomena cuaca. Satu peri sian multimedia telah dibangunkan dalam tiga persembahan grafik yang berbeza, iaitu grafik statik, grafik animasi dan grafik animasi berperingkat. Seramai 117 pelajar tingkatan empat daripada dua buah sekolah menengah bandar diagihkan secara rawak kepada tiga kumpulan. Pemboleh ubah bersandar adalah skor min pencapaian pelajar. Pemboleh ubah bebas adalah tiga persembahan grafik dan pemboleh ubah moderator adalah tahap kebimbangan trait pelajar. Suatu reka bentuk eksperimen kuasi dengan faktorial 3 x 3 telah digunakan. Dua hipotesis utama dan empat subhipotesis diuji. Prosedur ANOVA digunakan untuk mengesan sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min pencapaian antara ketiga-tiga kumpulan persembahan grafik. Pelajar dalam kumpulan grafik animasi berperingkat menunjukkan skor min pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar dalam kumpulan grafik animasi dan grafik statik. Pelajar dalam kumpulan grafik animasi tidak menunjukkan skor min pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar dalam kumpulan grafik statik. Pelajar dengan tahap kebimbangan sederhana memperoleh skor min pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar tahap kebimbangan rendah dan tinggi dalam ketiga-tiga persembahan grafik. Kesimpulan daripada dapatan kajian ini ialah grafik animasi sangat membantu dalam pembelajaran apabila grafik animasi tersebut dipersembahkan secara berperingkat tanpa mengira tahap kebimbangan pelajar.

Article Details

Section
Articles