An Exploratory Study Into Malaysian Children's Understanding of Multiple Representation Strand of Number Sense

Main Article Content

Munirah Ghazali

Abstract

Ramai pendidik matematik di luar negara dan juga di Malaysia yang merasa bimbang sama ada murid-murid sekolah rendah benar-benar memahami matematik yang mereka lakukan ataupun lebih kepada menjalankan algoritma kira mengira yang mana kebanyakan daripada kira mengira tersebut dapat diambil alih dengan menggunakan kalkulator sahaja. Seterusnya, didapati dokumen yang membincangkan perubahan dalam matematik di sekolah di luar negara menekankan keperluan murid memahami kepekaan nornbor kerana dianggap kebolehan murid dalam bidang ini membantu mereka memahami matematik pada tahap pemikiran yang lebih tinggi. Penekanan istimewa berkenaan kepekaan nombor pada peringkat rendah adalah penting kerana pengalaman murid-murid mempelajari konsep nombor pada peringkat ini membantu membentuk kepercayaan dan nilai yang positif atau sebaliknya terhadap konsep nombor. Oleh itu, pada peringkat awal ini, murid-murid perlu melihat dan mempercayai bahawa mempelajari matematik sebagai suatu aktiviti yang memberi makna dan mencabar berbanding melihat aktiviti matematik sebagai menghafal algoritma dan aktiviti latih tubi sahaja. Kertas kerja ini akan membincangkan sebahagian daripada penyelidikan tentang kepekaan nombor murid dengan memfokus kepada aspek perwakilan pelbagai dalam kepekaan nombor. Data dikutip secara kuantitatif melibatkan 406 orang murid. Seterusnya, enam orang murid dipilih untuk ditemu bua!. Tiga aspek perwakilan pelbagai yang dikaji adalah pecahan sebagai rajah berlorek, nombor perpuluhan di atas garis, perwakilan pecahan dan nombor perpuluhan setara di atas garis. Analisis dapatan kajian ini menunjukkan murid menghadapi masalah memahami nombor di atas garis untuk nombor perpuluhan dan pecahan, dan juga perwakilan pecahan dan perpuluhan yang setara. Walau bagairnanapun, murid menunjukkan kefahaman tentang pecahan sebagai rajah berlorek. Data daripada kajian ini menunjukkan walaupun murid mempunyai strategi menyelesaikan masalah yang dikemukakan, kepekaan nombor mereka membantu membentuk strategi bermakna.

Article Details

Section
Articles