Visualisasi Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat
Main Article Content
Abstract
Penyelesaian masalah matematik berayat bukan hanya untuk mendapatkan jawapan akhir tetapi melibatkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih kompleks. Kebanyakan murid belum berupaya menguasai kemahiran ini sedangkan mereka menguasai operasi asas matematik. Artikel ini akan membincangkan satu teknik yang dikenal pasti dapat membantu murid menangani kesukaran terse but yang juga sebahagian daripada dapatan kajian tentang sejauh mana murid Tahun 5 membuat visualisasi semasa menyelesaikan masalah matematik berayat. Maklumat kajian diperoleh melalui temu duga klinikal sebagai teknik utama dan analisis kualitatif dilaksanakan. Lima bentuk gambaran dikenal pasti dalam proses visualisasi murid: imej, komponen soalan, peristiwa dalam masalah, matlamat dan konteks soalan. Visualisasi yang dilakukan oleh murid didapati telah memudah dan mempercepatkan tugas mereka mendapatkan penyelesaian. Dalam konteks ini, kata-kata a picture is worth a thousand words memang tepat. Dapatan menunjukkan murid-murid menggunakan strategi yang berbeza seperti menggambarkan secara mental, melukis gambar/gambar rajah atau membina perJambangan untuk mewakili gambaran mereka. Turut dibincangkan dalam artikel ini adalah implikasi kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran matematik serta cadangan untuk pembangunan kurikulum matematik.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.