The Learning Approach of Pre University Students and Its Relationship with Their Performance in Mendelian Genetics
Main Article Content
Abstract
Semakin ramai ahli pendidik serta pengkaji menganjur penggunaan secara meluas pelbagai strategi kognitif serta metakognitif dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pemikiran pelajar. Efikasi pembelajaran pelajar sebahagiannya ditentukan oleh kebolehan mereka dalam menangani tuntutan kognitif serta konteks pembelajaran (Shuell 1986; Snowman 1986). Pelajar-pelajar yang boleh mengenal pasti secara jelas gol pembelajaran mereka lebih berkebolehan untuk mencapai kejayaan dan juga lebih berupaya untuk memantau kemajuan sendiri, dan dengan ini menjadi lebih berefikasi jika dibandingkan dengan rakan mereka yang tiada kebolehan tersebut. Sejauh mana pel ajar boleh memenuhi syarat-syarat tersebut bergantung pada pendekatan mereka terhadap proses pembelajaran (Biggs 1985; Entwistle & Ramsden 1983). Kertas kerja ini akan membincang pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh pelajar matrikulasi seperti pendekatan cetek, pendekatan mendalarn dan pendekatan berorientasikan pencapaian dan hubungannya dengan pencapaian subjek dalarn Genetik Mendel.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.