Should We Teach Construction Stress to ESL/EFL Students?
Main Article Content
Abstract
Guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sering menjadikan buku teks sebagai panduan untuk menyampaikan pengajaran. Ketika mengajar tajuk penekanan kata dalam kata majmuk, guru-guru sering menghadapi masalah. Banyak tajuk yang terdapat dalam teks tentang sebutan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, namun tidak ada yang menyatakan tentang penekanan kata dalam kata majmuk (kata nama, kata bilangan, kata adjektif, kata kerja) dan pembinaan kata kerja yang terdiri daripada banyak kata. Setakat ini tidak ada panduan yang jelas tentang aspek penekanan kata dalam bahan-bahan bercetak disebabkan ketiadaan persetujuan pendapat dalam hal tersebut. Rasional mengajar penekanan kata bergantung pada cara penekanan terse but membentuk fungsi dalam fonologi bahasa Inggeris dan kepentingannya dalam komunikasi lisan. Berdasarkan rasional tersebut, kertas kerja ini diharap dapat memberikan panduan kepada guru tentang apa yang perlu diajar dalam penekanan kata dan mengapa hal terse but penting untuk pelajar.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.