The Influence of Sex, Personality Types and Trait-Anxiety on Learning Styles among University Students in Jordan
Main Article Content
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk menyelami pengaruh jantina, jenis personaliti dan kebimbangan-trait terhadap gaya belajar dari perspektif pendekatan pembelajaran dalam kalangan pelajar universiti. Penyelidikan ini telah dijalankan di Jordan. Sampel seramai 1,000 orang pelajar Universiti Jordan dipilih daripada dua aliran pengajian, iaitu Kemanusiaan dan Sains. Keputusannya menunjukkan berlainan pelajar mengamalkan gaya belajar yang berlainan. Tidak terdapat kesan jantina dan jenis personaliti terhadap pendekatan pembelajaran. Juga tidak terdapat kesan interaksi jantina dengan kebimbangan-trait, serta jantina dengan jenis personaliti. Walau bagaimanapun, terdapat kesan signifikan kebirnbangan-trait dan juga interaksi kebirnbangan-trait dengan jenis personaliti ke atas gaya belajar. Paras kebirnbangan-trait yang tinggi mencelarukan pilihan kepada pendekatan pembelajaran, manakala paras kebimbangan-trait yang rendah memperkukuhkan pemilihan pendekatan menurut pilihan yang normal bagi setiap pelajar. Kedua-dua golongan pelajar ekstrovert dan introvert berkebirnbangan-rendah mengekalkan pilihan kepada pendekatan pembelajaran yang normal bagi diri masingmasing; manakala pelajar ekstrovert berkebirnbangan-tinggi lebih terjurus kepada pendekatan metodikal, elaboratif dan pengekalan fakta dibandingkan dengan pelajar introvert yang juga berkebimbangan-tinggi.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.