Secondary School Students' Attitude toward Schooling: A Study of Students from Public Ordinary, Public Islamic and Private Islamic Schools
Main Article Content
Abstract
Penyelidikan ini dilaksanakan di tiga sistem persekolahan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agarna dan Sekolah Menengah Agarna Rakyat. Ia mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama memberi tumpuan kepada pandangan pelajar terhadap keseronokan bersekolah, rninat kepada pelajaran, kesungguhan belajar dan kepentingan persekolahan. Sejurnlah 123 responden terdiri daripada pelajar berurnur antara 13-19 tahun dari empat buah sekolah menengah di Pulau Pinang daripada tiga sistem persekolahan yang telah disebutkan terlibat dalam bahagian ini. Dapatan utama menunjukkan pelajar-pelajar daripada kesemua sistem persekolahan mempunyai minat yang sarna terhadap pelajaran. Tahap keseronokan bersekolah dalam kalangan pelajar pula mempunyai pertalian yang signifikan dengan sistem persekolahan yang diikuti. Tahap kesungguhan belajar menunjukkan interaksi antara sistem persekolahan dengan jantina pelajar. Dari segi kepentingan persekolahan pula, didapati pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat memberikan kepentingan tertinggi berbanding pelajar-pelajar lain. Bahagian kedua penyelidikan memberi tumpuan kepada sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat. Jumlah sampel ialah 280 pelajar (114 lelaki dan 166 perempuan) yang berurnur antara 14-16 tahun. Faktor-faktor yang dilihat sarna seperti bahagian pertarna. Dapatan menunjukkan faktor minat pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Berikutnya dikemukakan beberapa saranan untuk dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dalarn pengendalian sistem persekolahan yang dibincangkan. Tahap kecenderungan bersekolah dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama adalah di paras sederhana dan sempurna berbanding Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat. Sistem persekolahan oleh Sekolah Menegah Kebangsaan Agama ini nampaknya boleh dijadikan model oleh sistem-sistem persekolahan lain.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.