Keberkesanan "Terapi Spiritual" bagi Peningkatan Aspek-Aspek Personaliti Penagih Dadah di Panti Insyaf Medan, Indonesia
Main Article Content
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan pendekatan "Terapi Spiritual" bagi meningkatkan ciri-ciri personaliti penagih dadah di Panti Insyaf Medan, Indonesia. "Terapi Spiritual" yang dimaksudkan dalam penyelidikan adalah kombinasi daripada tiga pendekatan, iaitu (I) pendekatan Zikrullah (agama) yang berlandaskan ajaran agama Islam dan pernah dieksperimen di Indonesia oleh Emo Kastama (1994); (2) pendekatan Pemusatan Perorangan yang diasaskan oleh Carl Rogers (1951); dan (3) pendekatan Motivasi Pencapaian yang diperkenalkan oleh McClelland, Atkinson, Clark dan Lowell (1953). Subjek kajian terdiri daripada 40 orang penagih dadah yang dibahagikan sarna ramai kepada dua kumpulan, iaitu (a) kumpulan rawatan dan (b) kumpulan kawalan. Kaedah pemilihan subjek dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling), iaitu subjek disesuaikan dengan kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0.000) antara skor min kumpulan eksperimen dengan skor min kumpulan kawalan pada aspek keagamaan. Terdapat juga perbezaan yang signifikan (p = 0.000) antara skor min kumpulan eksperimen dengan skor min kumpulan kawalan pada aspek konsep kendiri. Walau bagairnanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0.14) antara skor min kumpulan eksperimen dengan skor min kumpulan kawalan pada aspek motivasi. Analisis terhadap data pemerhatian (aspek ketaatan terhadap tanggungjawab dan disiplin, iaitu mematuhi peraturan), menunjukkan subjek daripada kumpulan eksperimen lebih positif tingkah laku ketaatan dan disiplin mereka berbanding subjek daripada kumpulan kawalan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.