Mengenal Pasti Indikator Tingkah Laku Mangsa Penderaan Seksual

Main Article Content

Nor Shafrin Ahmad

Abstract

There are two main purposes of this study. First is to identify the level of depression among victims of sexual abuse and secondly, is to identify the behaviour indicator of the victims. Seven sexually abused victims from shelter homes in Northern Peninsular Malaysia were surveyed and interviewed. Beck Depression Inventory was used to measure the level of depression among victims. The findings revealed that all victims suffered critical depression. Victims also showed various behaviour indicators, for instance they were very stressful, irritated and angry, played truant, had difficulties concentrating in school, learning difficulties, sleeping and eating disorders and attempted suicidal.


 


Terdapat dua tujuan utama kajian ini. Pertama ialah untuk mengenal pasti tahap kemurungan mangsa penderaan seksual dan kedua untuk mengenal pasti indikator tingkah laku mangsa penderaan seksual. Subjek kajian terdiri daripada tujuh orang mangsa penderaan seksual di kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Pengumpulan maklumat dilakukan melalui soal selidik dan temu bual separa berstruktur. Inventori Kemurungan Beck digunakan bagi mengukur tahap kemurungan mangsa. Dapatan kajian menunjukkan kesemua mangsa mengalami kemurungan pada tahap kritikal. Pelbagai indikator tingkah laku ditunjukkan oleh mangsa, contohnya sangat tertekan, mudah meradang, ponteng sekolah, sukar memberi tumpuan dalam pelajaran, merosot dalam pelajaran, gangguan tidur, gangguan pemakanan serta cubaan membunuh diri.

Article Details

Section
Articles