Kesan Pemindahan Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan ke atas Amalan Komunikasi dalam Sistem Mentoring di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam
Main Article Content
Abstract
Literature on mentoring programme has explained that active, well-planned and sincere communication practices between mentor and mentee are able to help mould individual’s attitude and behaviour. The effects of communication between mentor and mentee on the aspect of individual’s attitude and behaviour (particularly in self-leadership and study performance) are not clear if the transfer of knowledge, skills and ability do not take place in mentoring programme. Based on this evidence in literature review, a conceptual framework has been developed and tested using interview and questionnaires. Samples consisted of 100 third semester undergraduates undergoing studies in 2004/2005 session at a public university in East Malaysia. Hypotheses results using hierarchical regression analysis showed that the transfer of knowledge, skills and ability only helped to increase the effect of communication practice between mentor and mentee on the aspect of self leadership. However, it failed to increase the effect of communication practice on study performance. These findings showed that the transfer of knowledge, skills and ability acted as a moderator in the relationship of communication between mentor and mentee with individual’s attitude and behaviour. Thus, the implication of this study on the theory and practice of mentoring, the limitation of theoretical framework and research methodology as well as the direction of future research are being discussed in this paperwork.
Literatur program mentoring menerangkan bahawa amalan komunikasi antara mentor dan mentee yang dilakukan secara aktif, terancang dan jujur boleh membentuk sikap dan tingkah laku individu yang positif. Kesan amalan komunikasi antara mentor dan mentee ke atas sikap dan tingkah laku individu (kepimpinan diri dan prestasi pengajian) adalah tidak jelas sekiranya pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan berlaku dalam program mentoring. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara variabel pemindahan pengetahuan, kemahiran, kebolehan dengan amalan komunikasi antara mentor-mentee ke atas kepimpinan diri dan prestasi pengajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 100 orang pelajar yang mengikuti program sarjana muda dalam semester tiga sesi 2004/2005 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan menggunakan beberapa item yang telah diubah suai daripada literatur program mentoring yang sedia ada. Nilai Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini ialah 0.95 bagi variabel amalan komunikasi dan pemindahan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan, 0.91 bagi variabel kepimpinan diri dan 0.96 bagi variabel prestasi pengajian. Hipotesis kajian diuji dengan menggunakan analisis regresi berganda hierarki moderasi. Hasil daripada analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara variabel komunikasi, pemindahan pengetahuan dan kemahiran dan kebolehan dengan kepimpinan (?= -.64, p = 0.02) dan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara amalan komunikasi mentor-mentee dengan prestasi pengajian (? =.24, p =.20).
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.