Kesan Faktor Jantina, Etnik dan Gaya Kognitif ke atas Pencapaian Pengajian Am THE EFFECT OF GENDER ETHNICITY AND COGNITIVE STYLES ON ACHIEVEMENT IN GENERAL PAPER

Main Article Content

Poh Bee Theen
Melissa Ng Lee Yen Abdullah

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan jantina, etnik dan gaya kognitif ke atas pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pelajar tingkatan enam atas (60 lelaki dan 92 perempuan) yang diambil dari sebuah sekolah terpilih di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Sampel ini merangkumi pelajar yang berbangsa Melayu, Cina dan India. Ujian GEFT (Group Embedded Figures Test) telah digunakan untuk mengukur gaya kognitif pelajar manakala pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am pula diukur dengan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2006. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian Pengajian Am yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan pelajar lelaki (t = 3.53, p < 0.05). Dari segi etnik pula, Analysis of Variance (ANOVA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian mengikut etnik. Namun, analisis post-hoc membuktikan bahawa perbezaan yang signifikan hanya wujud antara pelajar Melayu dan Cina sahaja. Hubungan antara gaya kognitif dengan pencapaian Pengajian Am telah diuji melalui analisis korelasi Pearson. Kedua-dua variabel ini didapati mempunyai hubungan yang positif dan signifikan (r = 0.15, p < 0.05). Keputusan ANOVA dua hala seterusnya menunjukkan bahawa gaya kognitif tidak mempunyai kesan interaksi yang signifikan dengan faktor jantina [F(1, 148) = 3.63, p > 0.05, eta squared 0.02] mahupun faktor etnik [F(2, 146) = 0.86, p > 0.05, eta squared = 0.01]. Kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding dengan lelaki. Perbezaan pencapaian ini mungkin berpunca daripada faktor-faktor lain kerana ia bukan disebabkan oleh perbezaan gaya kognitif mereka. Secara ringkasnya, kajian ini menyumbang dari segi penyelidikan kerana ia membekalkan data empirikal tentang psikologi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Am yang jarang dikaji oleh pengkaji tempatan. Selain daripada itu, maklumat kajian ini juga berguna untuk para pendidik dan kaunselor sekolah dalam mengatur strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Pengajian Am, sebuah mata pelajaran yang wajib di peringkat tingkatan enam.


This study aimed to determine the effects of gender ethnicity and cognitive styles on achievement of form six students in General Paper. The sample comprised of 152 upper six students (60 boys and 92 girls) from a selected school in the district of Larut Matang and Selama, Perak. They were made up of Malay, Chinese and Indian ethnic groups. The GEFT (Group Embedded Figures Test) was used to measure students’ cognitive styles, while their achievement in General Paper was ganged by the 2006 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) examination. Results of the t-test analysis revealed that girls’ achievement was significantly higher than boys (t = 3.53, p < 0.05). In terms of ethnicity, Analysis of Variance (ANOVA) showed that there was a significant difference in achievement among the three ethnic groups. However, post-hoc analysis demonstrated that the differences only existed between the Malay and Chinese students. Association between cognitive styles and achievement in General Paper was examined with Pearson correlation analysis. The two variables were found to have a positive and significant relationship (r = 0.15, p < 0.05). Further findings from two-way Analysis of Variance (ANOVA) demonstrated that cognitive styles have no significant interactions with gender [F(1, 148) = 3.63, p > 0.05, eta squared = 0.02] nor ethnicity [F(2, 146) = 0.86, p > 0.05, eta squared = 0.01]. This study found that girls have better achievement than boys. The difference in achievement might be due to other factors because it was not caused by their different cognitive styles. In short, this study has significant research implications as it contributes empirical data about students’ psychology and achievement in General Paper, an area of study with limited local research. In addition, information from this study can also be used by teachers and school counselors to formulate strategies to enhance students’ achievement in General Paper, a compulsory subject at the form six level. 

Article Details

Section
Articles