Pembinaan dan Pengesahan Ujian Membaca Perkataan dan Ujian Mengeja untuk Tujuan Mengenal Pasti Disleksia: Satu Kajian Rintis DEVELOPMENT AND VALIDATION OF WORD RECOGNITION AND SPELLING TEST FOR THE PURPOSE OF DYSLEXIA ASSESSMENT: A PILOT STUDY

Main Article Content

Lee Lay Wah
Manisah Mohd Ali
Noraini Salleh

Abstract

The first step in assessing dyslexia is to establish that problems exist in reading and spelling. The purpose of this study is to develop and validate a word reading and a word spelling test to determine their psychometric qualities of reliability and validity. Both test will be used in assessing dyslexia. The research methodology involves the development and the revision of the tests and the investigation of reliability and validity. Forty-six year one students were tested. The results revealed high reliability coefficients for the two tests, 0.980 for the reading test and 0.968 for the spelling test. Content validity was established through expert judgement. Both the tests were also found to be significantly correlated to the school-based Malay Language tests which were used as criteria indicating concurrent validity. The results imply that these two tests are reliable and valid to be used to establish reading problems among students with dyslexia because both these tests fulfill the psychometric criteria of reliability and validity.


Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang murid disleksia adalah dalam menguasai kemahiran membaca dan mengeja. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk membina dan menentukan ciri-ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan ujian membaca perkataan dan ujian mengeja. Kedua-dua ujian tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti masalah disleksia. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian, proses pemurninan item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan ujian. Sampel kajian terdiri daripada 46 orang murid tahun satu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali kebolehpercayaan untuk kedua-dua ujian adalah tinggi, iaitu 0.980 untuk ujian membaca perkataan tunggal dan 0.968 untuk ujian mengeja perkataan tunggal. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel pakar. Bukti kesahan serentak telah diperoleh dengan korelasi yang tinggi antara keduadua ujian dengan ujian Bahasa Malaysia (BM) sekolah yang telah digunakan sebagai kriteria. Implikasi hasil kajian ini adalah kedua-dua ujian boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah membaca murid-murid disleksia sebab kedua-dua ujian ini memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan.

Article Details

Section
Articles