University Students' Attitude, Self-Efficacy and Motivation Regarding Leisure Time Physical Participation
Main Article Content
Abstract
The purpose of this study is to identify the influences of attitude, self-efficacy,and motivation on leisure time physical activity participation in students at local public universities. The theories of planned behaviour and self efficacy were used as a theoretical framework. The study sample is comprised of 551 males and 801 females who were selected by means of random cluster sampling. Questionnaires were utilised to collect data. The results of the study showed that there were positive correlations between leisure attitude, motivation, and self-efficacy and leisure time physical activity participation among undergraduate students. The results also revealed that motivation and self-efficacy were the best predictors of leisure time physical activity participation. This study suggests that, in the effort to encourage the student’s leisure time physical activity participation and involvement, university management should plan and organise programmes to develop positive attitudes among students, increasing their self-efficacy and motivation level for physical activity participation.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap, efikasi-kendiri dan motivasi terhadap penyertaan aktiviti fizikal masa senggang dalam kalangan pelajar di universiti awam tempatan. Teori tingkah laku terancang dan efikasi kendiri telah digunakan sebagai kerangka teoritikal kajian. Persampelan kajian mengandungi 551 lelaki dan 801 perempuan yang telah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rambang berkelompok. Soal selidik telah digunakan untuk memungut data. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara sikap, motivasi dan efikasi-kendiri terhadap masa senggang dengan penyertaan aktiviti fizikal masa senggang. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa motivasi dan efikasi-kendiri merupakan pemboleh ubah peramal yang terbaik terhadap penyertaan aktiviti fizikal masa senggang. Kajian ini mengesyorkan bahawa dalam usaha untuk menggalakkan pelajarpelajar menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal masa senggang, pihak pengurusan universiti hendaklah merancang dan menyusun program ke arah membangunkan sikap yang positif dalam kalangan pelajar di samping meningkatkan tahap efikasi-kendiri dan motivasi terhadap penyertaan dalam aktiviti fizikal.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.