Tinjauan Terhadap Tahap Kesesuaian Infrastruktur Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran A Survey of the Suitability of Infrastructure and Integration Program for Special Needs Education
Main Article Content
Abstract
Suasana di bilik darjah mempunyai peranan besar dalam menghasilkan aktiviti pembelajaran yang baik. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum bilik darjah pendidikan khas (PK) dibina atau diubah suai. Bilik darjah yang sempit sudah cukup untuk menjadikan suasana pembelajaran menjadi hambar dan sukar. Adalah wajar bagi semua bilik darjah PK dibina secara terancang dan memenuhi ciri-cirinya sebagai sebuah ruang pembelajaran. Program PK memerlukan tandas bersesuaian, laluan bagi kanak-kanak kurang upaya fizikal, perabot yang sesuai dan ruang penyimpanan Alat Bantu Mengajar (ABM). Persekitaran bilik darjah yang ceria boleh menarik minat murid-murid PK untuk belajar dengan tekun. Namun tidak dinafikan masih terdapat banyak lagi bilik darjah PK berada pada tahap kurang memuaskan. Terdapat beberapa pihak yang bertanggungjawab kurang mengambil berat tentang perkara ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian infrastruktur fizikal sekolah dengan program integrasi pendidikan khas di seluruh negara. Seramai 52 orang responden yang terdiri daripada guru pendidikan khas telah dipilih untuk memberikan pandangan mereka. Majoriti daripada mereka kurang berpuas hati terhadap infrastruktur bilik darjah di sekolah mereka. Mereka juga menyatakan bahawa bilik darjah yang disediakan sempit dan tidak sesuai dengan bilangan murid. Mereka juga menyatakan bahawa terdapat sebahagian murid terpaksa berkongsi bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam terutama ketika amali mengambil wuduk dan solat. Masalah lain yang turut dihadapi oleh mereka ialah kekurangan bahan bantu mengajar dan kemudahan yang terhad bagi pelajar yang kurang upaya. Kajian juga mendapati bahawa kelengkapan infrastruktur multimedia masih tidak mencukupi. Secara keseluruhan dapatlah disimpulkan bahawa infrastruktur bilik darjah sekolah dan program integrasi pendidikan khas di negara ini masih memerlukan banyak pembaikan dan peningkatan. Justeru itu pembinaan dan pengubahsuaian bilik darjah pendidikan khas perlu dilakukan mengikut satu speksifikasi standard yang diperakui pihak berkuasa.
Classroom environment plays a vital role in assuring good teaching and learning process. A small classroom can cause the teaching and learning process dull and difficult. Therefore it is important that a special education classroom to be well designed and fulfil the needs of a learning environment. A special education program needs to have disabled-friendly toilets and pathway especially for students with physical disabilities, appropriate furniture and ample storage for teaching aids. An attractive and conducive classroom can heighten students' attention to learn. However, there are still special eduction programs which are located in classrooms that are not suitable. This study investigates the suitability of the physical infrastructure in special education integration programs in Malaysia. Fifty two special education teachers were involved in this study as respondents. A majority of them were dissatisfied with physical infrastructure of their classrooms. They reported that their classrooms were small and unsuitable for the number of students they have. For example, at certain times, students from different classes have to share the same classroom due to lack of space. Other findings of this study includes insufficient teaching aids and facilities, such as multimedia facilities, for students with disabilities. As a conclusion, this study found that special education classrooms in Malaysia still need a lot of improvement. As such, the suggestion put forward is the establishment of a specified standard for future construction and renovation of physical infrastructure of special education classrooms in our country.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.