Hubungan Sikap, Kebimbangan dan Tabiat Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik Tambahan The Relationship Between Attitude, Anxiety and Habit of Learning with Additional Mathematics Achievement

Main Article Content

Arsaythamby Veloo
Shamsuddin Muhammad

Abstract

The purpose of this study was to identify the relationship and contribution of attitude, anxiety and the habit of mathematics learning to the achievement of additional mathematics. From the affective aspect, out of five mathematics orientation learning variables, three of the variables, attitude, anxiety and habit were used as a hypothesis in the achievement of additional mathematics. The respondents for this research comprised 251 form four technical stream students which were chosen randomly from an upgraded Technical School in Kelantan. This study used Mathematics Orientation Learning questionnaires which consisted of 51 items focused on attitude, anxiety and the habit in learning mathematics. Data was analysed using the SPSS version 16 where Pearson correlation and regression tests were used. Findings showed that the attitude and the habit of learning mathematics had a significant relationship towards the achievement of additional mathematics whereas the anxiety on mathematics learning showed a significant negative relationship towards the achievement of additional mathematics. The finding revealed that there was an average relationship in the anxiety of learning mathematics whereas the attitude and the habit of learning mathematics had a weak relationship with the achievement of additional mathematics. The finding also showed that the relationship in the anxiety of learning mathematics was largest significant contributor with the achievement of additional mathematics compared to the attitude and mathematics learning habit. Nevertheless, the attitude and the mathematics learning habit were still the contributors to the achievement of additional mathematics although in a small percentage. In conclusion, the students' affective readiness aspect should be emphasised seriously among the students who are weak in additional mathematics before the learning and teaching process is carried out.


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan. Responden kajian terdiri daripada 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi pembelajaran matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Bagi ujian kesignifikan, penyelidik menggunakan ujian korelasi Pearson dan regresi dengan bantuan perisian SPSS versi 16. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan positif yang signifikan manakala kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang sederhana manakala sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan kebimbangan pembelajaran matematik merupakan peramal utama dengan pencapaian matematik tambahan berbanding dengan sikap dan tabiat pembelajaran matematik. Namun, sikap dan tabiat pembelajaran matematik masih merupakan peramal kepada pencapaian matematik tambahan walaupun dalam peratusan yang kecil. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik tambahan. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Article Details

Section
Articles