Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware) dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar The Effect of Using Courseware with Concept Map on Student's Achievement

Main Article Content

Awaatif Ahmad
Norizan Esa

Abstract

This study investigates the effectiveness of using concept maps delivered via a courseware. It is used to teach the topic called "Lambaian Kaabah" for Islamic Religious Knowledge. The sample consists of 82 form four students in a secondary school in Penang. There were 39 students in the experimental group and 43 students in the control group. The experimental group was taught using the courseware with concept map. The control group was taught using the courseware without concept map. The treatment given was for five teaching periods. ANCOVA test was used to find the significant effect of the post-test. The mean score of the experimental group was higher than the mean score of the control group. Paired samples t-test was used to analyse data for the second research question. The mean score for the post-test concept maps was higher compared to the pre-test concept maps. The study suggested that courseware with concept maps can be effective in the teaching of this topic.


 


Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan peta konsep dalam perisian kursus telah diselidiki. Perisian ini digunakan dalam pengajaran tajuk "Lambaian Kaabah" bagi mata pelajaran pengetahuan Agama Islam Tingkatan empat. Sampel terdiri daripada 82 orang murid Tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Terdapat 39 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 43 orang murid dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan perisian kursus yang mengandungi peta konsep. Kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan perisian kursus yang tidak mengandungi peta konsep. Pengajaran telah dilaksanakan bagi lima sesi pengajaran. Ujian ANCOVA digunakan untuk menentukan kesan signifikan ujian pos. Skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan. Ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk analisis data bagi soalan kajian kedua. Skor min bagi peta konsep ujian pos lebih tinggi daripada skor min peta konsep ujian pra. Kajian ini mencadangkan bahawa perisian kursus yang mengandungi peta konsep adalah berkesan untuk pengajaran tajuk ini.

Article Details

Section
Articles