Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid The Influence of Humour in Teaching and Learning
Main Article Content
Abstract
The purpose of this study conducted was to see the role of practice in the humour among trainee teachers and students' view the practice of jokes and the effects of teacher and learning. In addition, the purpose of this study is to see whether the practice is done by the teacher trainees during the teaching and learning in the classroom. This study also will identify whether the practice of jokes conducted by teacher trainees can create a memorable atmosphere for learning among students and the level of intensity or jokes conducted by teachers when teaching trainees. This quantitative study using survey research is a pilot study towards actual research that will be implemented to a group of teacher trainees who are exposed to training others to teach in schools. Form three students from a class at a secondary school in Cheras, Selangor and teacher trainer from a public institutions in Kuala Lumpur whom currently undergoing the second semester in college was selected as the sample study. Survey instrument is composed of two sets of questionnaires for pupils and teacher trainees. Results of this study show humour can increase interaction among colleagues and fellow of pupils. Fun learning environment can be created if teachers implement the jokes in the classroom during teaching and learning. Teacher trainees have been using humour during teaching and learning session. They also assume that this practice can create a positive impact on teaching and student learning. The level of jokes by teacher trainees is a moderate rate, between three to four times for each teaching session. This frequency is also considered appropriate for a number of teachers do.
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat peranan amalan jenaka atau kecindan dalam kalangan guru pelatih dan pandangan murid terhadap amalan jenaka guru serta kesannya terhadap pembelajaran. Selain daripada itu, kajian ini juga adalah untuk melihat sama ada amalan tersebut dilakukan oleh guru pelatih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di samping itu, kajian ini akan mengenal pasti sama ada amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan keseronokan untuk belajar dalam kalangan murid serta intensiti atau tahap jenaka yang dilaksanakan oleh guru pelatih semasa mengajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kajian tinjauan bagi melihat pandangan guru pelatih dan murid sekolah terhadap amalan jenaka dalam pendidikan. Kajian ini adalah merupakan kajian rintis kepada kajian sebenar yang akan dilaksanakan kepada sekumpulan guru pelatih lain yang terdedah kepada latihan mengajar di sekolah. Murid tingkatan tiga daripada sebuah kelas di sebuah sekolah menengah di Cheras, Selangor dan guru pelatih daripada sebuah institusi pengajian awam di Kuala Lumpur yang sedang menjalani perguruan dalam semester kedua telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian terdiri daripada dua set soal selidik iaitu soal selidik murid dan soal selidik guru pelatih. Hasil kajian ini menunjukkan amalan jenaka guru boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat guru dan sesama rakan murid. Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih telah mengamalkan jenaka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menganggap amalan ini boleh mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Sementara tahap jenaka yang dilakukan oleh guru pelatih adalah dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga hingga empat kali bagi setiap sesi pengajaran. Kekerapan ini juga dianggap sebagai jumlah yang sesuai bagi seseorang guru melakukannya.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.