Keberkesanan Modul Multimedia Kimia Organik: Mekanisme Tindak Balas SN1 dan SN2 (The Effectiveness of Multimedia Organic Chemistry Module: SN1 and SN2 Reaction Mechanism)
Main Article Content
Abstract
A quasi-experimental study with non-randomised control group pretestposttest was conducted to determine the effects of teaching method using the Interactive Multimedia Chemistry Module (IMCM) for the topic of Stereochemistry and Mechanism of Nucleophilic Substitution Reactions SN1 and SN2. This module is a tool that helps teachers in their teaching to visualise organic mechanism and stereochemistry of nucleophilic substitution reactions. This module also offers an interactive animated learning environment. The sample of the study consists of two groups of an experimental and a control group. A total of 74 students from Universiti Pendidikan Sultan Idris, who took Introductory Chemistry II (TKU1023) course for Semester 1 2009/2010 session, took part in this study. The experimental group underwent lectures with the help of IMCM module while the control group underwent lectures through oral explanations using white boards and video imager. ANCOVA analysis [F (1, 72) = 48.6, p < 0.05, etasquared = 0.41] indicated that the teaching methods using IMCM module enhanced students’performance in learning the topic of Stereochemistry and Mechanism of Nucleophilic Substitution Reactions SN1 and SN2 as compared to the conventional teaching method. The survey conducted on 92 students taking chemistry course, 55 students of Organic Chemistry course (TKO2013) and 37 of the Introductory Chemistry II course (TKU1023) showed that the respondents have positive perceptions on the suitability of the module to be used in teaching and learning of the topic Stereochemistry and Mechanism of Nucleophilic Substitution Reactions SN1 and SN2. The research findings explained the pedagogical impact of IMCM module in the teaching and learning of Organic Chemistry. Moreover, suggestions on technical improvement and development of IMCM module for other organic chemistry topics were recommended
Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pos ini bertujuan untuk menentukan kesan kaedah pengajaran menggunakan Modul Multimedia Kimia Interaktif (Interactive Multimedia Chemistry Module, IMCM) bagi tajuk Stereokimia dan Mekanisme Tindak Balas Penukargantian Nukleofilik SN1 dan SN2 terhadap pencapaian pelajar. Modul ini merupakan bahan pembelajaran beranimasi secara interaktif bagi membantu guru menvisualkan mekanisme organik dan stereokimia tindak balas penukargantian nukleofilik dalam pengajaran. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kawalan berjumlah 74 orang pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus Pengenalan Kimia II (TKU1023) bagi Semester 1 sesi 2009/2010. Kumpulan eksperimen mengikuti kuliah dengan bantuan modul IMCM sementara kumpulan kawalan mengikuti kaedah konvensional iaitu kaedah syarahan menggunakan papan putih dan video imager. Analisis ANCOVA (F(1, 72) = 48.6, p < 0.05, eta-squared = 0.41) memberi petunjuk bahawa kaedah pengajaran menggunakan modul IMCM meningkatkan pencapaian pelajar dalam mempelajari tajuk Stereokimia dan Mekanisme Tindak Balas Penukargantian Nukleofilik SN1 dan SN2, jika dibandingkan dengan kumpulan kaedah pengajaran konvensional. Soal selidik telah ditadbirkan ke atas 92 pelajar yang mengambil kursus kimia, 55 orang pelajar yang mengambil kursus Kimia Organik (TKO2013) dan 37 pelajar yang mengikuti kursus Pengenalan Kimia II (TKU1023) menunjukkan responden mempunyai persepsi yang positif terhadap kesesuaian modul IMCM untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Stereokimia dan Mekanisme Tindak Balas Penukargantian Nukleofilik SN1 dan SN2. Dapatan kajian mendapati penggunaan modul IMCM memberi implikasi positif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek kimia organik. Seterusnya cadangan penambahbaikan terhadap aspek teknikal serta memperluaskan pembangunan modul seperti ini kepada topik topik lain dalam kimia organik.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.