Perspektif Masa dan Pencapaian Akademik Pelajar Aliran Sains Daerah Hulu Langat Time Perspective and Science Student's Achievement from Hulu Langat District

Main Article Content

Samsilah Roslan
Nurmaimanah Ab Jalil
Maria Chong Abdullah

Abstract

The performance of students has dropped below the international average for Science and Mathematics subject since 2003. Nearly 50% of science students get a low grade of D, E and G in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008–2012. Time perspective views of important factors that should be investigated to unravel the factors related to ecology issues. Therefore, this study was undertaken to determine the level and pattern of each dimension of time perspective based on gender, race, location of school and academic achievement in Science stream. In addition, this study also conducted to determine the relationship between the dimension of time perspective and academic achievement in Science stream students as a whole. A total of 390 students from the science stream in the district participated in this study and the Zimbardo Time Perspective Inventory (ZTPI) was used to measure students' time perspective, while GPMP score for the four science subjects such as Physics, Chemistry, Biology and Mathematics taken to measure their academic achievement. The findings show that the level of each dimension of time perspective science students in the district are at a moderate level by listing a percentage between 58.5–81.8%. Analysis of the t-test and one way ANOVA showed significant differences in the dimensions of time perspective based on gender, race, location of school and academic achievement in Science stream. Overall, the findings of this study are consistent with previous findings that the time perspective of a science students greatly influence their academic achievement, especially in science subjects at school.


Prestasi pelajar Malaysia telah merosot di bawah purata antarabangsa bagi subjek Sains dan Matematik semenjak tahun 2003. Lebih membimbangkan lagi apabila hampir 50% pelajar aliran Sains memperoleh gred rendah iaitu D, E dan G dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008–2012. Perspektif masa dilihat antara faktor penting yang harus dikaji bagi merungkai faktor berkaitan masalah kemerosotan ini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap dan pola bagi setiap dimensi perspektif masa berdasarkan faktor jantina, bangsa, lokasi sekolah dan pencapaian akademik pelajar aliran Sains. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara dimensi perspektif masa dengan pencapaian akademik pelajar aliran Sains secara keseluruhannya. Seramai 390 orang pelajar aliran Sains di daerah Hulu Langat terlibat dalam kajian ini dan Zimbardo Time Perspective Inventory (ZTPI) telah digunakan untuk mengukur perspektif masa pelajar, manakala skor GPMP bagi empat mata pelajaran Sains iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan diambil untuk mengukur tahap pencapaian akademik mereka. Dapatan kajian menunjukkan tahap bagi setiap dimensi perspektif masa pelajar aliran Sains di daerah Hulu Langat adalah berada pada tahap sederhana dengan mencatatkan peratusan antara 58.5–81.8%. Analisis ujian-t dan ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi perspektif masa berdasarkan faktor jantina, bangsa, lokasi sekolah dan pencapaian akademik pelajar aliran Sains. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian lepas iaitu perspektif masa bagi seseorang pelajar aliran Sains amat mempengaruhi pencapaian akademik mereka khususnya dalam mata pelajaran Sains di sekolah.

Article Details

Section
Articles