Factors in the development of indicators for accountability in education of Malaysia

Main Article Content

Ling Chu Poh

Abstract

Akuantabiliti dalam pendidikan adalah berkenaan dengan konsep bertanggungjawab ke atas amanah yang diberi oleh masyarakat. Amanah ini adalah tentang beberapa aspek pendidikan yang saling berkaitan di antara satu sama lain iaitu:


a) matlamat-matlamat yang ditetapkan untuk sistem pelajaran oleh masyarakat.
b) darjah pencapaian sebenar penuntut.
c) pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas pertalian di antara (a) dan (b).


Konsep akuantabiliti yang dianjur dan dipopularkan oleh L.M. Lessinger adalah terlalu terhad. Ini disebabkan Lessinger hanya meletakkan beban tanggungjawab untuk mencapai matlamat-matlamat pendidikan di atas bahu sekolah dan guru sahaja. Sepertimana yang kita tahu, proses dan kegiatan dalam bidang pendidikan adalah sangat kompleks. Bukan sekolah dan guru sahaja yang dipertanggungjawabkan, sebaliknya pihak-pihak dan faktor-faktor yang lain boleh mempengaruhi hasil-hasil pendidikan. Lessinger juga menegaskan hasil-hasil pendidikan yang lahir dan behavioral sahaja. lni akan mengerotkan pandangan seimbang terhadap pendidikan terutamanya di peringkat pelaksanaan. Ada banyak hasil-hasil pendidikan yang tidak boleh digolong dan digambarkan mengikut nilai tara behavioral. Rencana ini bertujuan meluaskan konsep akuantabiliti. Tumpuan seharuslah diberi kepada petunjuk-petunjuk yang boleh mencerminkan semua peringkat dan aspek pendidikan. Petunjuk-petunjuk ini sepatutlah ditujukan kepada aspek-aspek matlamat, pelaburan wang, kemudahan, kurikulum, proses pengajaran-pembelajaran, penuntut, guru, kualiti persekitaran sekolah dan rumah, peranan ibu bapa, pihak-pihak berkuasa, dan faktor-faktor dan golongan yang mempunyai peranan dan pengaruh penting dalam pendidikan. Akuantabiliti bukan untuk menuduh sahaja tetapi adalah untuk memahami masalah yang dihadapi oleh sistem pelajaran. Dengan fahaman yang lebih mendalam dan luas maka kemungkinan untuk mengatasi masalah dan menepati pendidikan yang berkualiti adalah lebih besar. Akuantabiliti adalah satu katalisator yang boleh menggerakkan masyarakat untuk membuat perubahan dan pembetulan ke arah kemajuan

Article Details

Section
Articles

References

Bloom, B.S. Stability and Change in Human Characteristics. N.Y.: J. Wiley, 1964.

Bracht, G.H. et al. (eds). Perspective in Education and Psychological Measurement. N.Y.: Prentice-Hall, 1972.

Chippendale, P.R. and Wilkes, P.V. (eds), Accountability in Education. St. Lucia, Queensland: Univ. of Queensland Press, 1977.

Chooley, W.W. and Lohnes, P.R., Evaluation Research in Education. N.Y.: Irvington, 1976.

Goodlad, J.l., Can Our Schools Get Better. Phi Delta Kappen. Vol. 60, No. 5, Jan. 1979, pp. 342-247.

Kerlinger, P.N., Foundations of Behavioral Research. N.Y.: Holt: Rinehart, Winston, 1973.

Kerlinger, F.N. and Pedhazur, E.J., Multiple Regression in Behavioral Research. N.Y.: Holt, Rinehart, Winston, 1973.

Ling, C.P., Learning Problems, Needs for Remedial Effort and an Appropriate Strategy of Resource Allocation for Primary Education in Malaysia. Konvensyen Nasional Pertama Mengenai Pendidikan, Kuala Lumpur, 23-25. Julai, 1978.

Ling, C.P., Some Issues, Guidelines and Recommendations for Assessing Students in a National Assessment Systmen for Primary Education in Malaysia. Journal of Educational Research, Vol. VIII; October, 1977, pp. 85-96.

Nunn, P., Education: Its Data and First Principles. London: E. Arnold, 1930.

Popham, W.J., Criterion-referenced Measurement. N.J.: Prentice-Hall, 1978.

Popham, W.J., Educational Evaluation. N.J.: Prentice-Hall, 1975.

Raybin, R., Minimum Essentials and Accountability. Phi Delta Kappan, VoL 60, No. 5, Jan, 1979, pp. 374-375.

Whitehead, A.N., The Aims of Education. London: E. Benn, 1962.

Supplementary References

Bloom, B.S. et. al., Compensatory Education for Cultural Deprivation. N.Y.: Holt, Rinehart, Winston, 1965.

"Four out of 10 pupils in Penang are poor readers". New Sunday Times, 30th April 1978, p. 6.

Lessinger, L.M. Engineering Acountability for Results in Public Education. Phi Delta Kappen, Vol. 52, No. 5, Dec. 1970, pp. 217-225.

Piaget, J. Development and Learning. In R.E. Ripple et. al. (eds)., Riaget Rediscovered. Ithaca, N.Y.: Cornell Univ., 1964.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kajian Untuk Menentukan Taraf Penguasaan Dan Kelemahan Murid Di Dalam Ketiga Kemahiran Asas Di Sekolah Rendah Di Malaysia.

"Reading Skill" Editorial, New Straits Times, 1st May, 1978, p. 10.