A Study of Malaysian Children's Understanding of the Concepts of "Living Things" and "Animals"
Main Article Content
Abstract
Beberapa konsep asasi sains lazimnya dibentuk secara intuitif melalui pengalaman serta pemerhatian seseorang kanak-kanak. Kadangkala konsep-konsep intuitif ini adalah berbeza dan bercanggah dengan konsep-konsep sains sebenarnya. Oleh itu adalah penting dalam pendidikan sains serta juga semasa memperkembangkan kurikulum sains untuk mengetahui dengan tepat:
• apakah bentuk serta ciri konsep-konsep intuitif ini?
• bagaimana konsep-konsep ini dibentuk?
• apakah perbezaan di antara konsep-konsep yang dibina secara intuitif dengan konsep sains sebenarnya?
Dalam kajian yang dilaporkan di sini persoalan-persoalan di atas adalah mengenai konsep-konsep 'hidup' dan 'binatang' sepertimana yang diertikan secara intuitif oleh sekumpulan kanak-kanak berumur 4- 6 tahun. Cara yang digunakan untuk menyiasat persoalan-persoalan ini adalah melalui temuduga secara individu berdasarkan kepada dua jenis kegiatan yang diberi kepada kanak-kanak ini. Kegiatan-kegiatan ini melibatkan mereka mengasingkan gambar-gambar benda 'hidup' dan 'binatang' daripada benda-benda 'bukan hidup '.
Daripada penganalisaan maklumat yang diperolehi melalui temuduga ini, didapati:
1) sebahagian besar kanak-kanak tidak menganggap tumbuh-tumbuhan atau binatang-binatang laut sebagai benda hidup.
2) sebilangan kecil kanak-kanak juga masih menganggap benda-benda seperti kereta, bas, bola dan sebagainya sebagai benda hidup.
3) bagi konsep binatang pula, sebahagian besar tidak menganggap manusia sebagai binatang.
Kriteria yang digunakan oleh kanak-kanak untuk membina konsep-konsep asasi secara intuitif ini mempunyai perhubungan dengan sifat kemanusiaan. Apa yang menarik sekali ialah kanak-kanak menggunakan kriteria kemanusiaan ini untuk mengkelaskan benda-benda seperti bas, bola dan sebagainya kepada benda-benda 'hidup' dan 'binatang'. Namun demikian mereka mengkelaskan 'manusia' dalam kumpulan 'bukan binatang' walaupun kriteria yang digunakan adalah sama.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
References
Bell, B.F., When is an animal not an animal? Journal of Biological Education, 15,3, 1981a.
Bell, B.F., What is a plant: some children's ideas, N.Z. Science Teacher, 10-14, 1981b.
Driver, R., and Easley, J. Pupils and paradigms: a review of the literature related to concept development in adolescent science students, Stud. Sci. Educ., 5, 6i-84, 1978.
Freyberg, P.S. and Osborne, R.J., et ai, Learning in Science Project, Final Report, Univ. of Waikato, N.Z., June 1982.
Osborne, R.J., Some aspects of students view of the world, Res. SciEduc., 10, 11-18, 1980.
Stead, B.E., The description and modification of some students biological concepts, (Unpublished M.Ed. thesis), Univ. of Waikato, N. Zealand, 1980