Dimensions of Teacher Effectiveness and Their Implications for Teacher Training Programmes in Malaysia
Main Article Content
Abstract
Salah satu tuduhan pada masa yang lalu ialah konsep keberkesanan guru yang dirangkakan oleh penyelidik dan pendidik tidak begitu jelas. Rencana ini telah cuba menghasilkan satu rangka pengkonsepan untuk konsep keberkesanan guru. Ini adalah melalui beberapa dimensi yang menggambarkan sifat guru yang cekap dan berkesan. Tumpuan telah diberi untuk mengaitkan dimensi keberkesanan guru dengan tujuan dan ciri program guru. Andaian yang terpenting ialah untuk melahirkan guru yang berkesan, maka program latihan guru melalui kurikulumnya seharuslah menitikberatkan penyuburan dimensi keberkesanan guru dengan lebih jitu dan ketara. Ini tidak sepatutlah secara sambilan tetapi adalah melalui strategi dan kurikulum yang lebih menepati dimensi keberkesanan guru secara langsung. Sorotan yang utama kepada konsep keberkesanan guru adalah berasaskan hujah bahawa sebahagian besar kualiti pendidikan yang diingini dan diidamkan bergantung kepada sejauh mana guru yang sedang berkhidmat adalah cekap atau tidak. Masyarakat juga mahu guru yang efektif untuk perkembangan kanak-kanak ke arah pencapaian matlamat pendidikan yang menyeluruh. Oleh sebab-sebab tersebut, dimensi keberkesanan guru sewajarlah menjadi teras program latihan guru.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.