The Study of Literacy in Relation to Socioeconomic and Nutritional Improvement in a Rural Community

Main Article Content

Wan Abdul Manan Muda

Abstract

Kajian ini dijalankan ke atas dua buah kampung di Ulu Trengganu untuk menilai taraf kenai huruf dan perkaitannya dengan taraf sosioekonomi penduduk. Komuniti yang dikaji adalah kampung-kampung yang penduduknya terdiri dari orang-orang Melayu dan aktiviti ekonomi mereka bersumberkan pertanian. Sampel yang dipilih adalah sebanyak 107 (40 lelaki, 67 wanita) dan terdiri daripada ketua keluarga atau isteri mereka. Hasil penelitian mendapati lebih daripada 50% responden mengalami buta huruf (markah 20) dan wanita lebih tinggi peratusnya daripada lelaki. Keputusan juga memaparkan bahawa umur boleh menentukan taraf kenal huruf tanpa mengira jantina, umur yang muda bakal menentukan markah kenal huruf yang tinggi. Juga didapati bahawa pendapatan dan kenal huruf adalah berkaitan rapat. Penelitian ini juga mendapati bahawa menghadiri pendidikan formal semasa muda tidak semestinya menjamin seseorang itu untuk kenal huruf dikemudian hari. Terdapat perbezaan sebanyak 14% di antara mereka yang pernah bersekolah dan mereka yang kenai huruf semasa kajian dijalankan. Perkaitan-perkaitan yang bermakna wujud di antara kenal huruf dan saiz keluarga, kenal huruf dan jumlah perbelanjaan untuk makanan dan juga perkaitan negatif di antara kenal huruf dan pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan.

Article Details

Section
Articles