A Sharper Focus on Teaching and Learning Styles: Match or Mismatch and Their Constraints
Main Article Content
Abstract
Tumpuan rencana ialah cara gaya pengajaran pembelajaran. Sifat, lunas dan andaian cara gaya pengajaran dan pembelajaran dikupas. Beberapa contoh cara gaya tersebut di kalangan guru dan murid dibentangkan. Pendekatan-pendekatan stail kognitif, trait dan personaliti, cara gaya kehidupan, pemprosesan maklumat, persepsi dan taraf perkembangan intelek dikesan sebagai asas konsep cara gaya pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang diketengahkan adalah berkenaan dengan persoalan memadan atau tidak memadan stail pengajaran dan stail pembelajaran. Kebaikan dan keburukan memadan atau tidak, dihuraikan. Beberapa faktor pembatasan dalam usaha untuk memadan atau tidak memadan adalah dijelaskan dengan contoh yang terdapat dalam sistem persekolahan. Di antaranya ialah pembezaan individu, kemudahan dan kelengkapan sekolah, nisbah guru-murid, tempat dan ruang, kos dan manfaat, masa, tekanan peperiksaan, dan nilai masyarakat. Kesimpulan ialah bukan senang untuk memadan cara gaya tersebut dalam konteks sistem persekolahan yang ada. Jika tujuan untuk memadan cara gaya adalah lebih spesifik dan terhad, maka adalah mungkin ide tersebut boleh diamalkan. Dalam situasi kelas pemulihan atau pengkayaan, ia boleh dilaksanakan. Perakuan yang terpenting ialah untuk menyubur dan melengkapkan guru dengan stail pengajaran yang beraneka jenis, dan murid dengan stail pembelajaran yang pelbagai. Guru dan murid akan menjadi serba boleh.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.