Distribution of Opportunities in Tertiary Education in Malaysia: A Review of the Fifth Malaysia Plan
Main Article Content
Abstract
Sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan di Malaysia, peluang untuk pelajar-pelajar tempatan untuk mendapat pelajaran tinggi telah diperluaskan dengan hebatnya. Pelajar-pelajar bumiputera khususnya telah mendapat peluang yang banyak sekali dan ini adalah selaras dengan objektif-objektif ·DEB. Jelaslah bahawa dalam usaha membahagikan semula peluang-peluang yang ada itu supaya semua kaum di negara ini dapat menikmati faedahnya dengan saksama, pihak kerajaan telah campurtangan dalam proses pengambilan pelajar ke institusi-institusi pelajaran tinggi dalam negeri. Polisi ini telah menghasilkan faedah yang banyak tetapi belum berjaya dengan penuh. Hampir 1/3 daripada semua pelajar yang berdaftar dalam kursus-kursus ijazah masih lagj terpaksa mendapat pendidikannya daripada institusi-institusi luar negeri juga. Lebih daripada 50% pelajar kaum Cina dan kaum India terpaksa mendapat pendidikan tinggi mereka dari luar negeri. Pertimbangan harus juga diberikan kepada soalan apakah akibatnya polisi campurtangan ini dari segj mutu pelajaran yang dapat dicapai oleh institusi-institusi pelajaran tinggi kita. Satu analisis graduan-graduan yang telah keluar dari universiti-universiti tempatan pada tahun 1986 dari segi etnik, menunjukkan sebilangan besar pelajar bumiputera telah dapat ijazah-ijazah peringkat rendah sahaja. Perkara ini haruslah dikaji dengan mendalam dan di perbaiki. DEB harus juga memberi pertimbangan kepada kecemerlangan pelajar di samping memberi kepentingan kepada penyusunan semula peluang-peluang pelajaran tinggi.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.