Creative Movement For Children
Main Article Content
Abstract
Matlamat utama artikel ini adalah untuk menolong para guru. lbubapa dan ahli akademik mengenali dan memahami akan ciri-ciri utama pergerakan kreatif untuk kanak-kanak. lanya merupakan sebagai pembuka serta pendorong kepada semua bidang pembelajaran dalam proses pendidikan kanak-kanak. Penulis memberangsangkan perkembangan fisiologi, kognitif, afektif dan sosial di kalangan kanak-kanak untuk mengecapi penghidupan yang dinamik. sihat dan bahagia. Justeru itu, dapat membentuk seseorang individu yang berkemampuan membuat pilihan dan pertimbangan yang kritis dan rasional. Kebelakangan ini, pergerakan serta penghayatan terhadap kreativiti telah dititikberatkan. Pengertian pergerakan kreatif untuk kanak-kanak seringkali mengelirukan oleh kerana terhadap berbagai takrif. umpamanya, irama kreatif, pergerakan dan irama, drama kanak-kanak, drama kreatif, geraktari pendidikan, pergerakan pendidikan moden, tarian/dansa kreatif dan sebagainya. lstilah-istilah ini sering ditukar gantikan. Bagi kebanyakan guru pendidikan jasmani, istilah ini sering ditukar gantikan. Bagi kebanyakan guru pendidikan jasmani. lstilah ini membawa maksud dan fokus yang hampir sama atas pencurahan perasaan dan idea-idea melalui pergerakan yang menggunakan elemen-elemen gerak-geri anggota, ruang, masa, tenaga dan irama. Bagaimanapun. nilai-nilai dan tujuan-tujuan pengalaman pergerakan dalam suasana pendidikan yang sesuailah yang dianggap signifikan. Apabila cirl-ciri utama pergerakan kreatif ini dikenalpasti serta diakui sebagai suatu fenomena yang sangat penting dalam prinsip-prinsip dan falsafah pendidikan hari ini. 3 komponen utama dalam pengalaman pergerakan dan daya cipta kreatif dapat membantu program pendidikan kanak-kanak. Pelopor-pelopor pergerakan kreatif telah lama berpendapat bahawa objektif-objektif pendidikan dapat dicapai melalul pergerakan kreatif. lni adalah kerana pergerakan kreatif dan pendidikan amnya mempunyai objektif-objektif pendidikan yang sama. Di antara lain, pergerakan kreatif dapat menerapkan nilai-nilai pendidikan umpamanya: kesihatan mental, emosl dan fizikal; kognitif dan daya cipta; kecekapan motor. pembentukan budi pekerti yang positif dan penyesuaian peribadi, emosi dan sosial.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.