Trends in Formal Assessment

Main Article Content

Dennis M. McGrath

Abstract

Kebangkitan minat terhadap perkembangan kurikulum yang bermula pada tahun 1960-an di beberapa buah negara diiringi dengan pergerakan yang sama kuatnya terhadap pembaharuan penilaian dan teknik-teknik penaksiran yang sedang digunakan. Perubahan-perubahan yang berikutan ini menitikberatkan dua bidang yang utama: pertamanya, bahan-bahan kurikulum diuji di sekolah-sekolah dan penilaian formatif dilakukan semasa bahan-bahan diperkembangkan; dan, keduanya, pengembang-pengembang kurikulum, guru-guru dan pemeriksa-pemeriksa melaungkan perubahan-perubahan tentang cara-cara mengukur pencapaian pelajar di akhir kursus. Pelajaran-pelajaran yang diperolehi akibat dari perubahan-perubahan di dalam prosedur-prosedur penilaian dan penaksiran amatlah bermanfaat bukan saja untuk pengembang-pengembang kurikulum dan pemeriksa-pemeriksa tetapi juga untuk guru-guru. Kertas ini cuba menunjukkan sebahagian dari perubahan-perubahan ini terutamanya di bidang penaksiran formal, iaitu ujian-ujian dan peperiksaan-peperiksaan yang digunakan di dalam pengukuran perubahan-perubahan terhadap kemahiran-kemahiran dan sikap-sikap pelajar.

Article Details

Section
Articles