The Utilization of the Malaysian Educational Television
Main Article Content
Abstract
Makalah ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama mengandungi perbincangan ringkas tentang sejarah latar kelahiran Rancangan Televisyen Pendidikan (TVP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, objektif-objektifnya, dan proses pengeluaran rancangan TVP di Malaysia. Bahagian kedua mengandungi perbincangan tentang langkah-langkah yang diambil oleh pihak Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pelajaran Malaysia, dan tindakbalas pihak masyarakat sekolah terhadap kemudahan-kemudahan yang diadakan oleh pihak PSP berhubung dengan rancangan TVP. Perbincangan dalam bahagian ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan benar-benar berusaha mengadakan segala macam kemudahan untuk keperluan kejayaan penggunaan rancangan TVP di sekolah-sekolah di Malaysia; sebaliknya, pihak masyarakat sekolah pula menampakkan sambutan yang dingin terhadap usaha-usaha dari pihak kerajaan. Bahagian terakhir mengemukakan beberapa cadangan: (a) khusus untuk membaiki mutu penggunaan rancangan TVP oleh pihak masyarakat sekolah, dan (b) langkah-langkah yang difikirkan perlu dan boleh dijalankan oleh pihak PSP dan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri agar perlaksanaan dan penggunaannya di peringkat sekolah-sekolah benar-benar dapat menjayakan objektif penubuhan bahagian TVP, iaitu memperbaiki perimbangan pengajaran-pembelajaran di antara sekolah-sekolah di luarbandar dengan sekolah-sekolah di bandar.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.