The Role of Audio Media and Materials in the Teaching of Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris in Malaysia
Main Article Content
Abstract
Kerana kesedaran yang kian bertambah tentang masalah-masalah mengenai pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Malaysia, para guru dan pentadbir telah mulai memberi perhatian yang lebih untuk meninggikan mutu pengajaran bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris. Tujuan kertas ini adalah untuk menimbangkan bagaimana aspek-aspek biasa pelbagai jenis bahan media odio boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini. Program-program yang disentuh dalam kertas ini, antara lain ialah: rancangan-rancangan radio pendidikan yang diterbitkan oleh Radio Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, berita radio dan forum yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia, pita-pita kaset audio dan radio sekolah. Sifat dan kekuatan yang ada pada media audio bila digunakan dengan betul, akan dapat memberi munafaat dalam pengajaran bahasa. Oleh itu guru-guru bahasa perlulah diberi galakan untuk menggunakannya di sekolah-sekolah di Malaysia.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.