U.S.M.'s Project InSPIRE: A Study into the Problems of Teaching and Learning in Selected Rural Primary Schools
Main Article Content
Abstract
Tujuan asas kertas ini ialah untuk memperkenalkan secara kasar apakah yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia dalam bidang kajian kurikulum untuk menentukan cara-cara membaiki pendidikan sekolah rendah menerusi Projek InSPIRE. Kertas ini ditulis dengan mengemukakan huraian ringkas berhubung dengan beberapa aspek daripada Projek ini, seperti, pengenalan, tujuan, asas-asas andaian, rancangan, pengembangan alat-alat pengajaran, hasil-hasil yang telah tercapai hingga kini, bahagian-bahagian aktiviti Projek dan asas struktur organisasinya. Projek ini sedang memasuki peringkat kajiuji dalam bulan Januari 1980 dan dijangka akan siap menjelang bulan Disember 1982. Adalah diharapkan bahawa dalam jangka masa itu, Projek ini akan memperolehi maklumat-maklumat yang berharga berhubung dengan pengenalan sistem pengajaran corak baharu di beberapa buah sekolah rendah pilihan di luar bandar yang merupakan ternpat kajiuji itu dijalankan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.