A Study of the Informational Needs of Teachers Teaching the Malaysian Integrated Science Course

Main Article Content

Zainal Ghani

Abstract

Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan keperluan-keperluan maklumat guru-guru yang mengajar kursus Sains Paduan di Malaysia. Empat keperluan maklumat yang dikaji adalah Pendekatan Mengajar dan Kaedah/Teknik; Isi maklumat latarbelakang mengenai tajuk-tajuk dalam kursus; Persediaan - untuk eksperimen-eksperimen dan demonstrasi; dan Penilaian - pembinaan
butir-butir ujian berbilang pilihan.


Keperluan maklumat tersebut mungkin timbul oleh sebab ramai guru-guru yang mengajar Sains Paduan mempunyai sedikit latarbelakang dalam sains. Tambahan pula, kursus dalam perkhidmatan yang berlangsung sebanyak tiga siri, dan tiap satunva selama dua minggu, dirancang semata-mata urrtuk membiasakan guru-guru dengan kerja kerja praktik yang berhubung dengan kursus.


Kajian ini dijalankan dalam dua peringkat, Peringkat pertama terdiri dari satu siri temuramah yang tidak terancang dengan 20 orang guru sebagai sampel. Peringkat kedua melibatkan penggunaan soalselidik yang dibina dari maklumat yang terkumpul dalam peringkat pertama. Soalselidik ini diberi kepada 76 orang guru-guru Sains Paduan yang merupakan satu sample dari berbagai lapisan dari 14 buah sekolah di kawasan bandar/luar bandar dari empat buah negeri - Kedah, Perak Utara, Pulau Pinang dan Perlis.


Setengah daripada keputusan kajian ini adalah: maklumat dalam kategori Pengajaran, terutama pengajaran dalam darjah yang berbagai kebolehan, diletakkan tertinggi sekali, sementara Penilaian terendah sekali; dalam kategori Isi, guru-guru telah menunjukkan yang mereka memerlukan maklumat mengenai tajuk-tajuk yang tidak terdapat dalam kursus-kursus sains dalam sukatan pelajaran lama; tidak ada perbezaan yang bermakna mengenai keperluan maklumat antara guru-guru di kawasan-kawasan luar bandar dan di bandar dalam semua kategori-kategori ini kecuali dua perkara dalam kategori Persediaan; kedua-dua kumpulan guru yang telah mengikuti dan yang tidak biasa mengikuti kursus dalam perkhidmatan menunjukkan bahawa mereka memerlukan maklumat-maklumat lanjutan mengenai Pendekatan Mengajar.

Article Details

Section
Articles