Private Vocational Schools in Selangor - Its Student and Its Role
Main Article Content
Abstract
Pendidikan dan motif-keuntungan adalah satu perkongsian yang tidak dapat diterima baik oleh para ahli pendidik. Dengan itu institusi-institusi pendidikan swasta yang dijalankan atas dasar mencari keuntungan menghadapi persoalan kridibilitinya sebagai institusi pendidikan. Sekolah-Sekolah Vokasyenal Swasta (SVS) di Selangor menghadapi masalah ini.
Kajian ini yang dijalankan pada tahun 1977/78. memperlihatkan bahawa SVS mempunyai peranan tersendirian dan dapat dianggap sebagai salah satu daripada langkah peningkatan ke arah pendidikan menengah lanjutan. Tingkatan kecapaian di sesebuah sekolah ditentukan oleh banyak faktor, antaranya kurikulum, kakitangan, kemudahan dan penuntut-penuntutnya. Artikal ini berusaha mengemukakan beberapa ciri penting mengenai penuntut dan peranan SVS di Selangor. Kenyataan ringkas mengenai pengelolaan dan pengawasan sekolah juga dibuat.
Siapakah penuntut-penuntut di SVS?Adakah mereka bersungguh-sungguh mengikuti pendidikan menengah lanjutan atau hanya memenuhi masa? Dapatan daripada kaiian yang dibuat oleh penuntut-penuntut di SVS bersungguh-sungguh tentang latihan vokesyenal menengah lanjutan. Hampir keseluruhan penuntut penuntut yang menyatakan keinginan mengikuti latihan bercorak vokesyenal menengah lanjutan atau sebab-sebab lain, telah memasuki SVS. Mereka ingin mendapatkan kelulusan yang dapat memenuhi kehendak-kehendak majikan kelak. Penuntut-penuntut didapati serius tentang latihan ini. Sebilangan besar penuntut-penuntut adalah dari aliran sains atau sastra di sekolah-sekolah menengah, dan dengan ini mereka menerima latihan vokesyenal pertama kali di SVS. Mereka terdiri dari tiga golongan kaum, China, Melayu dan India, dengan kaum China yang teramai. Bilangan penuntut perempuan melebihi sedikit bilangannya dari lelaki.
Ramai penuntut beranggapan SVS adalah pilihan "ketiga" selepas institusi menengah lanjutan bantuan kerajaan dan institusi-institusi di seberang laut. Walaupun demikian tidak dapat dinafikan yang SVS di Selangor memainkan peranan yang berguna, di samping 'mengawal' belia-belia yang jika tidak akan menambah senarai pengangguran.
Sementara kajian-kajian lanjut di buat mengenai peranan tertentu SVS, satu hal yang tidak dapat diketepikan dalam perancangan latihan vokesyenal di negeri ini peranan SVS. Dalam pertumbuhannya, perancang-perancang pendidikan perlu sedar akan kemampuan SVS dalam keupayaannya menyesuaikan dengan kehendak kliennya menghapuskan keupayaan ini akan pasti mengurangkan kesan dan peranan yang dapat dimainkan oleh SVS.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.