The Integration Method in School Curriculum Design

Main Article Content

T. Chelliah

Abstract

Oleh kerana bidang dan sifat sesuatu subjek mengalami perubahan revolusionari akibat dari kemajuan yang dicapai dalam penyelidikan atau akibat dari penemuan hubungan-hubungan baru antara bidang-bidang dalam berbagai disiplin, strategi-strategi baru mestilah diadakan untuk menyerapkan bidang-bidang pengetahuan baru ini kepada kokurikulum. Salah satu dari teknik-teknik yang paling popular yang digunakan bagi tujuan ini adalah kaedah integrasi (penggabungan). Prinsip-prinsip tertentu harus menjadi dasar kepada satu program integrasi yang rasional, Jika soalan mengapa bergabung dapat dijawab, jawapan ini akan memberi panduan kepada perancang-perancang kurikulum supaya mereka dapat menghasilkan teknik-teknik tentang bagaimana penggabungan dapat di laksanakan. Oleh itu, sebelum penggabungan dan pertimbangan mengenai teknik-teknik bersabit menjadi tumpuan perhatian, terdapat tiga langkah yang perlu diambil: pertama menentukan disiplin-disiplin asas bagi subjek itu, kedua memutuskan sama ada disiplin-disiplin asas ini adalah dengan sendiri subjek-subjek berasingan, dan ketiga, sama ada ia membenarkan cantuman ke dalam satu subjek yang sama. Integrasi 151 baru ke dalam kurikulum boleh dicapai melalui tiga cara asas, iaitu pembentukan satu kursus baru, sebagai bahagian-bahagian dalam satu kursus, atau dirancang secara ko-kurikular.

Article Details

Section
Articles