Inservice Training for School Administrators Using Individualised Learning Modules
Main Article Content
Abstract
Modul-modul Pembelajaran Individu (MPI) mengandungi beberapa siri Modul Pembelajaran (MP) yang direka untuk meningkatkan kecekapan-kecekapan yang perlu diperolehi oleh para guru, para penyelia dan para pentadbir sekolah. Tiap-tiap satu MP telab dicipta untuk mengajar salah satu daripada lima puluh kemahiran yang telah diberi perhatian khas oleh McCleory (1973) dan dianggap sebagai kemahiran yang terpenting untuk seseorang pentadbir sekolah yang cekap, Modul-modul Pembelajaran ini memberi keutamaan kepada Pembelajaran Perseorangan di mana seseorang pelajar itu dapat mempelajari sesuatu bahan yang sesuai dan secara dengan kemampuannya. Di samping itu juga MPI menekankan kepada gerak kerja kumpulan (perbincangan), memberi galakan dan dorongan kepada para pelaiar berbincang dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam Study Guide menerusi kumpulan-kumpulan kecil. Selain daripada memberi maklumat balik tentang pembelajaran oleh seseorang pelajar Study Guide ini juga dapat memberi maklumat secara terperinci tentang masa yang sebenarnya digunakan oleh seseorang pelajar dalam menjalankan sesuatu gerakerja yang telah disediakan dalam tiap-tiap satu MP. Kegiatan ini pada akhirnya akan membawa siapnya sesuatu hasilan perlakuan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.