Video Cassette Technology: A Complement to Educational Television

Main Article Content

Myint Swe Khine
K. Ganeson

Abstract

Suatu lagi teknologi baru, Pita Rakaman Video Kaset (PVK) telah dibawa masuk ke dalam sistem pendidikan negara kita. Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan suatu kajian atas ketahanan serta kebolehan mesin tersebut melalui suatu Projek Perintis PVK yang telah bermula dalam tahun 1979. Kertas ini membincangkan kesan pencapaian jangka panjang yang boleh diperolehi dari alat media itu dalam persembahan pembelajaran ke bilik-bilik darjah. Di samping itu, kertas ini juga mengemukakan beberapa faktor yang menyokong kegunaan mesin media baru ini: (i) peranan PVK sebagai suatu alat yang boleh mengatasi beberapa masalah yang sedang menghalang kegunaan Televisyen Pendidikan dengan berkesan, dan (ii) bagaimana seseorang pengguna dapat mengeksploit segala bentuk sifat-sifat kecekapan yang terdapat daripadanya demi memberi penilaian yang lebih berharga kepada Televisyen Pendidikan di dalam negara ini.

Article Details

Section
Articles