Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

Main Article Content

Michael John Rowe
John Furlong

Abstract

Susulan daripada perubahan dalam sistem pendidikan guru di UK sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan berharap institusi pengajian tinggi dan sekolah pendamping akan memikul tanggungjawab bersama bagi merancang dan menguruskan kursus, memilih, melatih, dan menilai guru pelatih. Pada hakikatnya, tanggungjawab kedua-dua pihak tidaklah seimbang. Sekolah mempunyai tanggungjawab utama melatih guru pelatih untuk mengajar mata pelajaran pengkhususan, menilai murid dan menguruskan kelas; dan menyelia guru pelatih dan menilai kecekapan mereka dalam kemahiran tersebut. Institusi pengajian tinggi pula bertanggungjawab menentukan kursus-kursus bagi memenuhi keperluan syarat akademik, mendapatkan pengiktirafan, mengurniakan sijil kelayakan kepada guru pelatih yang berjaya dan menempatkan mereka di beberapa sekolah. Kertas ini menilai dan membincangkan beberapa aspek dalam sistem pendidikan guru yang baru tersebut dan menjelaskan satu reka bentuk proses penilaian yang diamalkan dalam program PGCE di University of Wales, Swansea untuk menilai pelatih-pelatih program tersebut. Proses penilaian tersebut adalah berdasarkan andaian bahawa penilaian lebih bertujuan untuk menyokong dan bukan untuk mengukur perkembangan profesional pelajar.

Article Details

Section
Articles