Fantasies of Truth and Change: Applying Qualitative Research to 'Improve' Education
Main Article Content
Abstract
Artikel ini memberi kesedaran kepada pembaca tiada saipa yang dapat menukar keadaan sosial, menolak paradikma yang sedia atau menentukan sesuatu revolusi yang akan datang kerana semua ini dikawal oleh suatu kuasa yang berpunca daripada mekanisma politlk dan undang-undang global dan tempatan. Penguasa sering mengawal peruntuhkan sumber, menta/sir perlakuan adab dan menetapkan peraturan bagi mentadbir ganjaran dan kebenaran mengukut keperluan penguasa. Penguasa akan melaksanakan kehendak mereka walaupun mendapat tentangan daripada ahli masyarakat. Jelas di sisni penentuan perubahan sosial ditentukan melalui kebolehan kuasa pusat mengawal rakyat supaya patuh kepada perubahan sosial yang ditentukan oleh pemerintah. Penyelidikan gunaan tidak boleh terkecuali daripada hakikat ini kerana peruntuhkan kewangan untuk menjalankan penyelidikan ditentukan oleh pemerintah yang mengawal perjalanan peruntuhkan kewangan supaya sejajar dengan keperluan, kehendak dan potensi kreatif pemerentah. Kesannya tiada siapa yang mampu mencetus dan menukar keadaan sosial dalam keadaan sebigini. Kelangsungan begini harus diubah. Dialog perlu diadakan kerana sesuatu projek kreatif memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak. Melalui dialog dua hala ini dapat mempertemukan keperluan, kehendak dan peluang bagi menguntungkan masyarakat dan negara. Basil penyelidikan dapat menyumbang ke arah pemupukan kasih saying dan penyataan realiti keadaan kemasyarakatan dan peluangpeluang mengadakan pembaharuan sosial bagi menjamin kelangsungan kesejahteraan rakyat.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.