Assessing Education at Multiple: Levels of The Education System
Main Article Content
Abstract
Keefisienan sistem pendidikan menjadi tumpuan dalam perancangan pembangunan negara kerana pendidikan bertindak sebagai pemangn pembangunan lestari. Tumpuan kepada keefisienan didorong oleh keperluan pembangunan pendidikan dan sumber tenaga manusia merupakan sektor yang memerlukan sumbangan kewanagn kerajaan terbanyak. Keperluan sumbanagan kerajaan yang besar ini akan menjadi sebagai kekangan kepada negara-negara sedang membangun kerana berhadapan dengan dua keadaan iaitu pertambahan penduduk dan juga keperluan mendapat lebih ramai pekerja yang berkemahiran. Antara pendekatan yang dapat diamalkan apabila sesebuah negara menghadapi tekanan pertambahan permintaan social dan ekonomi untuk pendidikan ialah: mendapat sumber kewangan tambahan atau sumber kewangan baru bagi tujuan tersebut. Membekal perkhidmatan pendidikan dengan kualiti yang lebih rendah atau mengurangkan akses pendidikan; dan meningkatkan keefisienan sistem pendidikan. Bagi negara membangun, aktiviti meningkatkan keefisienan bertujuan untuk mengawal kos dan bertindak sebagai organisasi Pusat dalam perancangan, membekalkan perkhidmatan dan menilai program pendidikan dan latihan menjadi amalan. Kertas kerja ini bertujuan untuk membina penunjuk bersoifat kuantitatif bagi keberkesanan dan keefisienan pendidikan, dan menggunakan indikator pendidikan dibentuk daripada pembolehubah di bawah kawalan pentadbir atau perancang pendidikan. Penilaian indikator ini dapat menerangkan bagaimana sistem pendidkan itu berfungsi dan langkah yang akan diambil oleh perancang berusaha untuk meningkatkan kualiti sistem pendidilkan.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.