Individual Differences in Commitment to Selected Cultural Values among University Students

Main Article Content

Mohd Daud Hamzah

Abstract

Penyelidikan ini meninjau pegangan pelajar-pelajar universiti berketurunan Melayu, Cina dan India terhadap beberapa nilai budaya; ia-itu nilai-nilai 'kesejahteraan, progresif, liberal, yakin, pedantik, penyayang, kerajinan, pencapaian dan keruhanian '. Sampelnya terdiri dari 207 orang pelajar Melayu, Cina dan India dari jurusan Seni Halus, Kemanusiaan, Sains Tulen, dan Kejuruteraan. Mereka diminta menjawab soalselidik tentang nilai di atas yang dibina oleh penyelidik. Data soalselidik dianalisis menerusi pengiraan ANOVA dan ujian-t. Keputusannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan di kalangan pelajarpelajar tersebut dari segi pegangan kepada nilai kesejahteraan, progresif, liberal, pedantik dan dan kerajinan. 8agi nilai-nilai lain terdapat perbezaan ras. Pelajar-pelajar Melayu dan India mendapat skor yang serupa bagi nilai keyakinan dan kedua-duanya lebih tinggi dari rakan Cina mereka. Pelajar-pelajar Melayu dan India juga mendapat skor yang serupa bagi nilai penyayang. Namun hanya skor pelajar-pelajar Melayu sahaja yang lebih tinggi dari pelajarpelajar Cina. Dari segi nilai pencapaian pula, skor pelajar-pelajar Cina dan India didapati serupa dan kedua-duanya lebih tinggi dari pelajar-pelajar Melayu. Akhirnya bagi nilai keruhanian, pelajar Melayu dan India mendapat skor yang serupa dan kedua-duanya lebih tinggi dari pelajar-pelajar Cina. Kesimpulannya, penyelidikan ini menegaskan bahawa kerendahan dari sudut nilai penyayang dan keruhanian 'merabunkan' pandangan dalam mengharungi likuliku hidup. Di sebaliknya kerendahan dari segi nilai keyakinan dan pencapaian boleh melemahkan keperkasaan diri ketika mengharungi gelora kehidupan. Dari segi ini ditegaskan pemerolehan nilai di kalangan pelajar-pelajar India nampaknya agak seimbang; tetapi di sebaliknya pelajar-pelajar Melayu memerlukan peningkatan nilai pencapaian dan pelajarpelajar Cina pula peningkatan nilai keyakinan.

Article Details

Section
Articles