Cohesion and Consensus: The Prevalence of Ethnic Harmony an a University Campus
Main Article Content
Abstract
Ada sesetengah perhubungan di antara manusia dipengaruhi oleh kedua-dua norma kesejagatan dan etnik, manakala dalam yang kes perhubungan lain, individu-individu berbeza-beza dalam meletak keutamaan yang mereka berikan secara relatif dengan orang lain, sesetengah perbezaan ini dicorak oleh etnisiti, gender, status, agama dan pembolehubah lain. Kaiian yang telah dijalankan dalam tahun 1996, 1998 dan 1999 di kalangan pelajar-pelajar Melayu, Cina dan India dari Pusat Pengajian Sa ins Kemasyarakatan di sebuah universiti di Pulau Pinang telah menunjukkan dalam beberapa keadaan sosial di mana dorongan kepentingan individu (berbentuk material dan status) dan ikatan sosial telah menjadi pengimbang kepada pi/ihan tingkah laku etnik. Pilihan tingkah laku etnik sedia wujud, dan akan menjadi kuat semasa persaingan berbentuk politik dan ekonomi, tetapi pertumbuhan ekonomi semenjak tahun 1970an telah menghadkan peranan itu. Pelajar-pelajar Malaysia didapati tidak sedar betapa besar perubahan sosial yang sedang berlaku sekarang ini. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi dan perubahan teknologi yang sedang berlaku ini secara bersahaja dan tidak melihat kesan sosialnya. Artikel ini cuba menengahkan yang penyebab kepada tingkah laku etnik tidak terkira banyaknya. la menunjukkan identiti etnik bukan bersifat primordial yang diprogramkan dalam diri individu, tetapi sentiasa dibentuk melalui tindakan manusia apabi/a mereka memilih untuk menghubungkan diri mereka dengan yang lain, tanpa menggira cara mana yang dipilih, telah menggunakan gambaran sosial yang dikongsi bersama untuk mengkategorikan siapa boleh diterima atau sebaliknya. Fenomenon ini bukan sahaja menunjukkan yang beberapa ahli satu dari kumpulan sosial telah meninggalkan kumpulan etnik mereka, atau ditarik dari pelbagai arah, tetapi setiap ahli dari kumpulan etnik lain juga sentiasa berinteraksi hingga membawa perubahan kepada kumpulan mereka sendiri. Kumpulan sentiasa berhubungan dengan kumpulan-kumpulan lain. lkatan etnikjuga berinteraksi dengan kebanyakan institusi sosial dalam masyarakat dan ini akan mempengaruhi mereka juga untuk berubah. Artikel ini mempunyai bukti untuk merumuskan, sekurangya di kawan bandar, kekuatan tingkah laku pilihan etnik sedang menipis. Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai keturunan etnik patut memperakui perubahan realiti sosial ini dan yang mana kesedaran mereka itu pun tidak tepat. Perubahan sosial yang berlaku sekarang ini adalah lebih pantas daripada apa yang mereka sedari. Jika masa hadapan Malaysia mahu dijadikan lebih baik daripada apa yang ia telah buktikan dalam satu atau dua dasawarsa ini, maka penting untuk kita tidak menggalakan perkara yang kontroversi dan sebaliknya memahami dengan tepat akan apakahfaktor-faktor yang menentukan ikatan etnik itu.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.