The Relationship between Students' Self Efficacy and Their English Language Achievement

Main Article Content

Rahil Mahyuddin
Habibah Elias
Loh Sau Cheong
Muhd Fauzi Muhamad
Nooreen Noordin
Maria Chong Abdullah

Abstract

Many studies have been carried out on this concept of self efficacy in the academic settings. For example, Schunk (1995) stated that students when engaged in activities are affected by personal (e.g., goal setting, information processing) and situational influences (rewards, feedbacks). These provide students an idea on how well they learn. Self efficacy was enhanced when students perceived they performed well. On the other hand, Bandura, Barbaranelli, Caprara and Pastorelli (1996), reported that parents' academic aspirations for their children, influence the children's academic achievement directly or indirectly by influencing their self efficacy. Based on the theoretical explanation on self efficacy and findings of past studies, it is therefore the aim of this study to find out the relationship between students' self efficacy and their English language achievement. In Malaysia, English is a second language but since 2003, English is the medium of instruction for mathematics and science subjects for year one, form one and form six students. Based on this scenario, it is therefore pertinent to find out whether performance in the English language is largely determined by their perceived English language efficacy. A descriptive-correlational study was conducted on 1,146 students from eight secondary schools in the Petaling district, Selangor. The instruments used to measure self efficacy were the Self Efficacy Scale developed by Bandura (1995) and the Self Efficacy Scale developed by Kim and Park (1997). The findings showed that 51 percent of students had high self efficacy while 48 percent showed low self efficacy. Correlational analysis showed positive correlations between several dimensions of self efficacy that is, academic achievement eficacy (r = 0.48, p = 0.001); other expectancy beliefs (r = 0.34, p = 0.005); and self assertiveness (r = 0.41, p = 0.005) with academic performance in English language. In conclusion, achievement in English language will improve when students have high self efficacy in the language. The implications are discussed in relation to teaching and learning within the school settings.


 


Beberapa kajian telah dijalankan dalam bidang akademik tentang konsep efikasi kendiri. Contohnya, Schunk (1995) menyatakan bahawa pelajar yang terlibat dalam aktiviti sering dipengaruhi oleh faktor peribadi (penentuan matlamat, pemprosesan maklumat) dan situasi (ganjaran, maklum balas). Perkara ini memberi idea kepada pelajar tentang sebaik mana mereka telah belajar. Efikasi kendiri akan meningkat apabila pelajar beranggapan mereka telah melakukan yang terbaik. Sebaliknya, Bandura, Babaranelli, Caprara dan Pastorelli (1996) melaporkan bahawa aspirasi akademik ibu bapa untuk anak-anak mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung pencapaian akademik mereka melalui pengaruh ibu bapa ke atas efikasi kendiri anak-anak. Berdasarkan penerangan teori tentang efikasi kendiri dan dapatan kajian lepas, maka tujuan kajian ini adalah untuk melihat perhubungan antara efikasi kendiri pelajar dengan pencapaian mereka dalam bahasa Inggeris. Di Malaysia, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua tetapi sejak 2003, bahasa Inggeris ialah bahasa pengantar bagi mata pelajaran matematik dan sains untuk murid tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah. Senario ini membuatkan kajian ini relevan untuk melihat sama ada prestasi dalam bahasa Inggeris ditentukan oleh persepsi pelajar tentang efikasi mereka dalam bahasa Inggeris. Reka bentuk kajian ini ialah deskriptif korelasi dan dijalankan ke atas 1,146 pelajar daripada lapan buah sekolah menengah di daerah Petaling, Selangor. Instrumen yang digunakan untuk mengukur efikasi kendiri ialah Skala Efikasi Kendiri oleh Bandura (1995), dan Kim dan Park (1997). Dapatan menunjukkan 51 peratus pelajar mempunyai efikasi kendiri yang tinggi manakala 48 peratus mempuyai efikasi kendiri yang rendah. Analisis korelasi menunjukkan perhubungan positif antara beberapa dimensi efikasi kendiri, iaitu efikasi pencapaian akdemik (r = 0.48, p = 0.001); kepercayaan jangkaan yang lain (r = 0.34, p = 0.005) dan ketegasan kendiri (r = 0.41, p = 0.005) dengan prestasi dalam bahasa Inggeris. Kesimpulannya, pencapaian dalam bahasa Inggeris akan meningkat sekiranya pelajar mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam bahasa tersebut. Implikasinya dibincangkan dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 

Article Details

Section
Articles