Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pelaksanaan Kurikulum Application of the Multiple Intelligence Theory in Curriculum Implementation
Main Article Content
Abstract
In accordance with the aim of preparation human capital for national development and the formation of a desired nation state, individual students’ potential development through education should be done in a harmonic, balanced, holistic and integrated ways. This article illustrates a part of the research findings related to the application of the multiple intelligences theory in curriculum implementation in Malaysia towards the development elements of multiple intelligences among students. A survey through observation was done in classrooms teaching and learning sessions which has integrated elements of multiple intelligences. Observations were done with the use of a Checklist for Observation of Scientific Attitudes and Noble Values that was modified from the Checklist for Assessment of Science Practical Work (PEKA) in primary schools. From the observations done, it was found out that the environment of teaching and learning which integrated elements of multiple intelligences was conducive and suceeded in developing the scientific attitudes and noble values, while at the same time could develop the elements of multiple intelligences among students.
Selaras dengan hasrat penyediaan modal insan bagi pembangunan negara dan melahirkan negara bangsa yang diharapkan, perkembangan potensi individu pelajar sekolah melalui pendidikan perlu dilakukan secara harmonis, seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Artikel ini memaparkan sebahagian daripada dapatan kajian berkaitan aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pelaksanaan kurikulum di Malaysia ke arah memperkembangkan potensi semua unsur-unsur kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar. Tinjauan melalui pemerhatian telah dilakukan ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mengintegrasikan unsur-unsur kecerdasan pelbagai. Pemerhatian dilakukan menggunakan Senarai Semak Pemerhatian Sikap Saintifik dan Nilai Murni yang diubah suai daripada Senarai Semak Penilaian Kerja Amali (PEKA) Sains sekolah rendah. Pemerhatian mendapati suasana pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan unsur-unsur kecerdasan pelbagai adalah bersifat kondusif serta berjaya memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni, di samping pada masa yang sama dapat memperkembangkan unsur-unsur kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.