Sekilas Sejarah Kapal Karam di Pulau Labuan, 1895-1983
Main Article Content
Abstract
Kajian ini membincangkan sejarah peristiwa nahas kapal yang melibatkan tragedi kekaraman kapal-kapal yang berlaku di sekitar Perairan Wilayah Maritim Malaysia, Perairan EEZ Malaysia dan perairan Laut China Selatan (dangerous ground) di kepulauan Spratly dari perspektif sejarah maritim Pulau Labuan semasa zaman kolonial British antara tahun 1846 hingga pentadbiran pulau ini di bawah kerajaan Negeri Sabah pada akhir tahun 1983. Pada tempoh 137 tahun tragedi kekaraman telah berlaku menunjukkan signifikan bersejarah kepada sejarah maritim pulau ini. Metodologi kajian menggunakan pendekatan penelitian sumber arkib dan pengkalan data atas talian yang memberikan data primer berkaitan rekod nautikal, laporan admiralty dan berita tragedi. Dapatan kajian mendapati Labuan telah berperanan sebagai harbour refuge kepada kapal-kapal pelbagai negara yang mengalami nahas kapal di kawasan dangerous ground semasa ianya dibawah pentadbiran British. Manakala hasil analisis ke atas lapan kapal yang mengalami insiden kekaraman di kawasan Perairan Labuan dan Perairan Luar (Perairan Wilayah Maritim Malaysia dan Perairan Zon Eksklusif Ekonomi Malaysia) adalah disebabkan oleh faktor semulajadi dan manusia yang saling berkait dengan frekuensi kekerapan berlaku sebelum tahun 1945. Hasil kajian ini akan turut menyumbang kepada pengurusan sumber kapal karam pulau ini.
Kata kunci: Kapal karam, sejarah maritim, Pulau Labuan, Laut China Selatan