Cabaran dan Strategi Kelangsungan Politik UMNO di Johor, 2008-2018

Main Article Content

Muhammad Naim Fakhirin Rezani
Zulkanain Abdul Rahman
Fatimi Hanafi

Abstract

Artikel ini membincangkan kelangsungan politik UMNO di Johor berdasarkan kepada cabaran dan strategi di negeri ini. Sejak PRU 12, kedudukan UMNO selaku penaung politik di Johor ini dicabar oleh parti pembangkang yang terdiri dari DAP, PAS, PKR kemudian bertambah kepada parti baharu iaitu BERSATU dan AMANAH pada PRU 14. Peningkatan prestasi parti pembangkang yang menang empat kerusi DUN pada PRU 12, 18 kerusi DUN pada PRU 13 dan 36 kerusi DUN pada PRU 14, sekali gus membentuk kerajaan negeri di Johor membuktikan parti pembangkang berjaya meluaskan pengaruh terhadap politik negeri ini. Situasi ini menunjukkan kedudukan politik UMNO di Johor telah dicabar oleh parti pembangkang. Berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh UMNO, kepimpinan parti tersebut mengatur semula langkah bagi mengukuhkan kedudukan dalam politik negeri ini. Kajian ini menggunakan kaedah penulisan sejarah dengan meneliti sumber primer iaitu laporan rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai sumber untuk penulisan. Hasil kajian ini mendapati parti pembangkang menggunakan isu seperti, percukaian GST dan kenaikan kos sara hidup sebagai kempen pilihan raya. Perkara ini menjadi cabaran terhadap UMNO dan parti tersebut berusaha merencakan strategi dalam usaha mengekalkan status Johor sebagai ‘kubu politik’. Selain itu, kajian ini mendapati strategi oleh UMNO tidak agresif dan tidak tersusun dalam usaha untuk mengukuhkankan kedudukan di Johor. Kegagalan seterusnya menyebabkan parti tersebut kehilangan kuasa di negeri ini sejak kali pertama.


Kata kunci: UMNO; Johor; Strategi; Cabaran; Politik Malaysia

Article Details

How to Cite
Cabaran dan Strategi Kelangsungan Politik UMNO di Johor, 2008-2018. (2024). MINDEN Journal of History and Archaeology, 1(1), 137-155. https://ejournal.usm.my/mjha/article/view/4891
Section
Articles