Sejarah Pembangunan Muzium di Malaysia Berdasarkan Aktiviti Arkeologi Serta Peranannya Pada Masa Kini

Main Article Content

Norhidayahti Muztaza
Goh Hsiao Mei
Velat Bujeng
Stephen Chia

Abstract

Latar belakang pembangunan muzium yang berlangsung di Eropah bermula dengan kewujudan konsep atau amalan seperti ‘The Cabinet of Curiosity’ menjadi asas kepada kewujudan muzium moden. Muzium arkeologi pula mula berkembang pada kurun ke-19 dan berperanan sebagai institusi untuk mengumpulkan dan mendokumentasikan objek berdasarkan zaman dan budaya. Peranan ini turut dikaitkan dengan pembentukan identiti negara bangsa, iaitu apabila penemuan arkeologi digunakan untuk membuktikan kesamaan warisan dan mewujudkan naratif sejarah yang mengesahkan kewujudan negara dalam konteks geografi moden. Di Malaysia, pembangunan muzium yang dimulakan oleh pihak kolonial adalah berkesinambungan daripada pengaruh perkembangan pembangunan muzium di Eropah. Di samping itu, penelitian ke atas kebanyakan penerbitan lalu menunjukkan bahawa pembangunan dan perkembangan muzium di Malaysia berkait rapat dengan aktiviti antikuiti dan penyelidikan arkeologi. Justeru, bagi memahami hubungan antara aktiviti antikuiti awal dan penyelidikan arkeologi dengan sejarah permuziuman di Malaysia, maka penulisan makalah ini dihasilkan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini merangkumi analisis ke atas sumber sekunder melibatkan penerbitan terdahulu dan terkini, serta temu bual bersama pengamal muzium untuk mengetahui peranan muzium di Malaysia dalam konteks arkeologi, khususnya selepas penubuhan Jabatan Warisan Negara. Penulisan makalah ini diharap akan menyumbang kepada perbincangan yang lebih berfokus mengenai peranan institusi muzium dalam bidang arkeologi di Malaysia berbanding penerbitan lalu.


Kata kunci: pembangunan muzium, muzium arkeologi, identiti negara, aktiviti antikuiti penyelidikan arkeologi, Malaysia, Jabatan Warisan Negara

Article Details

How to Cite
Sejarah Pembangunan Muzium di Malaysia Berdasarkan Aktiviti Arkeologi Serta Peranannya Pada Masa Kini. (2025). MINDEN Journal of History and Archaeology, 2(1), 103-126. https://ejournal.usm.my/mjha/article/view/4898
Section
Articles